Tip Bertemu Bakal Ibu&Bapa Mertua

Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai “kekasih” dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. “first impression is important”, eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan “bersempena” seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

artikel cincinkawin 300x236 Tip Bertemu Bakal Ibu&Bapa Mertua

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.

Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar “tengkorak berdarah”… kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan “mat motor” anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.

Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh “mahsyuuukkk” orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke”kampung”an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan..Tak percaya? Anda boleh cuba…

8 Perkara Dalam Perkahwinan

1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

mas kahwin 2 280x300 8 Perkara Dalam Perkahwinan

4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.

5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..

6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan.

7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

Permohonan Kad Akuan Nikah

Kad perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah untuk menggantikan surat perakuan nikah di negeri Terengganu Darul Iman. Kad akuan ini mudah dibawa ke mana-mana oleh pasangan berkahwin sebagai bukti perkahwinan kerana saiznya yang kecil seperti kad pengenalan.

Bagi Pemohon Yang Berkahwin Sebelum Tahun 2006

Bagi pemohon yang berkahwin sebelum tahun 2006, perlu mengisi borang permohonan kad perakuan nikah pintar yang boleh didapati di Pejabat Agama Daerah berdekatan dengan anda.

kadakuannikah Permohonan Kad Akuan Nikah

Syarat-syarat Permohonan Kad Perakuan Nikah

  • Permohonan adalah sah untuk pasangan yang telah berkahwin/bernikah di Negeri Terengganu sahaja.
  • Pasangan mestilah sudah menerima surat perakuan nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah.

Dokumen yang Diperlukan

  • Satu salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • satu salinan surat perakuan nikah.
  • Sekeping gambar berukuran pasport lelaki dan perempuan (berlatarbelakangkan biru & bertudung bagi perempuan).
  • Bayaran kad sebanyak RM33.00 (Tunai/Wang Pos-cek tidak diterima).

* Jika menghantar borang melalui pos jangan hantar wang tunai.

Suami atau isteri boleh hadir bersama atau bersendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh dua (2) minggu. Suami atau isteri atau wakil yang diberi kebenaran boleh mengambil sendiri atau boleh juga memohon untuk menghantar melalui pos.

Bagi Pemohon Yang Berkahwin Pada Tahun 2006 Dan Tahun Berikutnya

Bagi pasangan yang berkahwin pada tahun 2006 dan tahun berikutnya tidak perlu mengisi borang permohonan kad perakuan nikah kerana kad perakuan nikah tersebut akan dikeluarkan secara terus 2 minggu selepas tarikh pernikahan.

Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin

Panduan Pemeriksaan Saringan HIV Bakal Pengantin

Panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan bagaimana pemeriksaan Saringan HIV ( Rapid Test ) dijalankan ke atas setiap bakal pengantin.

elvisandp  oPt Panduan Pemeriksaan Bakal Pengantin

Prosedur Untuk Pemeriksaan Saringan HIV

  • Bakal Pengantin perlu mendapatkan Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua Pejabat Agama Daerah, Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Bayaran dikenakan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00) untuk setiap borang permohonan Pemeriksaan Saringan HIV dan dibayar ketika mendapatkan borang tersebut.
  • Hanya borang ASAL sahaja diterima.
  • Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) perlu dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan bagi menjalani Ujian Saringan HIV.
  • Keputusan Ujian Saringan HIV diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada Pegawai Agama Daerah atas sifatnya sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Pejabat Agama Daerah.
  • Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT . Pihak lain yang boleh mengetahui keputusan tersebut adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang menjalankan ujian, Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah dan Pegawai Khidmat Nasihat.

Prosedur Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan

  • Bakal pengantin oleh hadir ke klinik kesihatan pada waktu yang ditetapkan dengan membawa Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang diperolehi dari Pejabat Agama Daerah.
  • Pendaftaran perlu dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan HIV Bakal Pengantin (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang menjalankan ujian.
  • Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan yang ditugas mengendalikan perkhidmatan ini.
  • Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin dan dititiskan ke dalam alat ujian Saringan HIV ( Rapid Test ).
  • Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga 30 minit.
  • Jika keputusan ujian saringan adalah “tidak reaktif”, ini bermakna bakal pengantin tidak dijangkiti virus HIV atau berada di dalam tempoh ” window period “.
  • Jika keputusan saringan adalah “reaktif”, ini bermakna bakal pengantin disyaki dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin dinasihatkan menjalani ujian pengesahan HIV (ELISA dan PA).
  • Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan akan mencatat dan mengesahkan keputusan Ujian Saringan HIV di dalam Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).
  • Borang yang mengandungi keputusan ujian dimasukkan ke dalam sampul yang dilakkan dengan lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama Daerah.
  • Keputusan ujian Saringan HIV hanya sah digunakan bagi tiga (3) bulan dari tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Prosedur Permohonan Perkahwinan

Perkahwinan Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur

  1. Sebelum kebenaran berkahwin diberikan, seseorang itu perlu mengambil langkah-langkah berikut :
    1. Mendapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin berharga RM 1.00 setiap satu daripada :
      • Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam).
      • Pejabat Agama Daerah berdekatan.
      • Mengisi segala maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut dengan lengkap dan sempurna serta memastikan bahawa kedua- dua pasangan yang hendak berkahwin itu tidak ada halangan dari segi syarak di samping mendapat persetujuan wali. borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pendaftar di daerah masing- masing pada tempoh yang lebih awal atau sekurang- kurangnya tidak lewat satu (1) minggu (7 hari) dari tarikh cadangan dilangsungkan perkahwinan itu.
      • Adalah sangat baik sekiranya wali dan pasangan terlibat serta saksi dapat hadir sama semasa mengemukakan borang permohonan kahwin tersebut bagi melicin dan memudahkan proses pertimbangan terhadap permohonan kebenaran kahwin tersebut.
    pelamin perkahwinan Prosedur Permohonan Perkahwinan
    1. Melampirkan Kembaran- Kembaran/ Perakuan- Perakuan berkaitan ( Fotostat 2 Salinan ):
      • Kad Pengenalan Diri:
        • Lelaki
        • Perempuan
        • Wali
      • Dua Saksi (dalam borang)
      • Surat Akuan Mati (Duda/Balu).*
      • Surat Akuan Mati (Wali Akrab).*
      • Surat Akuan Memeluk Islam (Muallaf).*
      • Sijil/Perakuan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.*
      • Surat perakuan status Teruna atau Dara dari Majikan/Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu Mukim/Imam Masjid/Akuan Sumpah.*
      • Surat perakuan cerai (duda/janda) yang sah yang dikeluarkan di bawah Undang- Undang yang pada masa itu berkuatkuasa atau salinannya yang diperakui (disahkan benar) atau suatu perakuan yang diberikan oleh Hakim Syarie selepas penyiasatan yang wajar mengenai status perkahwinan itu.*
      • Surat perakuan dari Pendaftar bagi mukim atau negeri (polis/tentera) di mana lelaki itu bermastautin jika lelaki tersebut tinggal di mukim atau negeri yang berlainan dengan pihak perempuan.*
      • Lain – lain dokumen :
        • 4 keping gambar berukuran pasport
        • Sila pastikan nama Jurunikah
        • Sediakan RM5.00 untuk bayaran kebenaran kahwin
    2. Setelah berpuas hati, Pendaftar boleh memberi kebenaran berkahwin dan pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak RM5.00 bagi maksud tersebut.

    * Sila kembarkan dengan sijil asal

  2. Akad Nikah – Bila boleh diadakan majlis akad nikah?
    • Majlis akad nikah bagi sesuatu perkahwinan yang dicadangkan itu boleh diadakan setelah kebenaran berkahwin diberi atau diluluskan.
  3. Tempat Majlis Akad Nikah Dilangsungkan
    • Majlis akad nikah boleh diadakan hanya di dalam mukim di mana pihak perempuan itu bermastautin mengikut kehendak Enakmen Undang- Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil.12 Tahun 1985, dan wajar jika majlis akad nikah itu dapat diadakan di rumah pengantin perempuan.
    • Majlis akad nikah boleh diadakan di luar mukim perempuan bermastautin samada di Terengganu atau di negeri lain dengan kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie (mengikut mana berkenaan) bagi negeri ini atau pihak berkuasa Negeri di mana perempuan itu bermastautin jika perempuan tersebut berasal dari negeri lain
  4. Upacara Majlis Akad Nikah
    • Perkahwinan adalah dipandang tinggi di dalam Islam. Oleh itu, adalah tersangat wajar majlis akad nikah dilangsungkan dengan penuh sopan bersendikan adab dan nilai- nilai yang sesuai dengan Islam.
    • Garis panduan majlis akad nikah tersebut ada dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Sila ikuti panduan tersebut apabila melangsungkan sesuatu majlis akad nikah)
  5. Orang Yang Boleh Mengakad Nikah bagi sesuatu perkahwinan di negeri ini ialah :
    • Wali dengan kebenaran Pendaftar atau
    • Seorang jurunikah bertauliah bagi kawasan yang berkaitan
  6. Bayaran Atas Perkhidmatan Kepada Jurunikah
    • Bayaran atas perkhidmatan Jurunikah ditetapkan sebanyak RM30.00
  7. Pendaftaran Perkahwinan
    • Dalam masa tujuh (7 hari) selepas akad nikah yang diadakan di negeri ini, perkahwinan itu hendaklah didaftarkan di bawah Enakmen ini.
    • Bagi perkahwinan dan akad nikah di luar negara yang diadakan bukan di Kedutaan hendaklah dibuat dalam masa 2 bulan selepas salah satu pihak atau kedua- dua pihak itu sampai di Malaysia.
    • Bagi perkahwinan yang diakad nikahkan di Kedutaan Malaysia di luar negara pendaftaran perkahwinan hendaklah dibuat mengikut peraturan yang dipakai bagi pendaftaran perkahwinan yang diakad nikah dan didaftarkan di Terengganu seperti pada (7) di atas.
  8. Surat Akuan (Sijil Nikah/Ta’liq)
    • Selepas pendaftaran dan selepas dibayar RM20.00 bagi surat perakuan nikah (termasuk Ta’liq), Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan berkenaan dalam tempoh yang secepat mungkin.
  9. Carta Aliran Permohonan Kahwin Selain Poligami/Wali Raja/Bawah Umur
    • Proses bagi memohon kebenaran berkahwin ini dapat dilihat seperti carta berikut. Klik Di Sini!
  10. Kad Akuan Nikah
    • Selain Surat Akuan/Sijil Nikah, pasangan yang berkahwin di Terengganu boleh memohon untuk mendapatkan Kad Akuan Nikah yang mudah dibawa ke mana- mana dan dikenakan bayaran RM20.00.

Perkahwinan Poligami

  • Kebenaran berpoligami hendaklah dengan kelulusan bertulis dari Hakim Syarie mengikut ketetapan seksyen 21 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil. 12 Tahun 1985. Dengan ini, pihak lelaki hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran berpoligami tersebut dari pihak Mahkamah Syariah Terengganu (sebelum mengemukakan permohonan berkahwin kepada Bahagian Undang-Unadang Pentadbiran Keluarga Islam atau Pentadbir Daerah) dan menjelaskan bayaran di Mahkamah sebanyak RM50.00 (RM25.00 untuk kebenaran berpoligami dan RM25.00 untuk surat kebenaran berpoligami).
  • Setelah surat kebenaran berpoligami diperolehi maka pihak lelaki hendaklah melampirkan surat kebenaran melampirkan surat kebenaran tersebut di dalam borang permohonan kebenaran perkahwinan.

Kursus Pra-Perkahwinan

MAKLUMAT UMUM

Kursus Pra Perkahwinan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama mengikut negeri adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) . Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.

Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JHEAT berharap, kursus yang dianjurkan ini akan dapat membantu mengurangkan masalah-masalah rumahtangga yang dihadapi oleh umat Islam di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

Kursus Pra Perkahwinan Islam Kursus Pra Perkahwinan

SYARAT & PROSEDUR MENYERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN

Dapatkan borang permohonan kursus di Pejabat Agama Daerah yang berkenaan.

Bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga hendaklah mengikuti kursus ini sebelum mereka membuat permohonan untuk bernikah.
Hantar borang sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh kursus yang dipilih.

Maklumat Tambahan:

Bayaran Kursus : Mengikut negeri  (termasuk fail, makan dan minum). Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran kursus.
Dokumen Yang Diperlukan : Salinan kad pengenalan semasa pendaftaran (jika diminta).
Tempoh Masa Kursus : 2 hari (tiada bermalam)

Peraturan Kursus Pra-Perkahwinan

cincin kahwin2 Peraturan Kursus Pra Perkahwinan

  • Kehadiran peserta kursus adalah secara sepenuh masa dan jika gagal berbuat demikian sijil tidak akan dikeluarkan.
  • Peserta kursus hendaklah menepati masa permulaan setiap sessi ceramah sepanjang masa kursus.
  • Peserta kursus diwajibkan mengikuti semua sessi ceramah yang telah ditetapkan.
  • Perserta kursus dikehendaki memakai pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat. T-shirt, seluar jeans, pakaian menjolok mata yang ditegah syara’ dan selipar serta pakaian sukan adalah tidak dibenarkan pakai semasa menghadiri kursus.
  • Tempat duduk peserta lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan iaitu:
    • Peserta lelaki di bahagian hadapan dan peserta perempuan di bahagian belakang atau
    • Peserta lelaki di sebelah kanan dan peserta perempuan di sebelah kiri atau sebaliknya.
  • Peserta tidak boleh melakukan sesuatu perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram atau menyinggung atau menyentuh sebarang perasaan mana-mana pihak yang terlibat dengan kursus ini.
  • Setiap peserta hendaklah berada di Bilik Kuliah 5 minit sebelum kuliah bermula dan menjaga akhlak yang baik semasa didalam dewan dan di persekitaran tempat kursus.
  • Tidak digalakkan keluar/masuk ketika kuliah dijalankan kecuali benar-benar memerlukan dan dikehendaki sentiasa memeberi tumpuan kepada ceramah.
  • Peserta hendaklah sentiasa berada di dalam dewan kuliah semasa ceramah.
  • Peserta dilarang makan atau minum atau berbual-bual semasa sessi ceramah sedang berjalan.
  • Setiap peserta hendaklah mematuhi segala arahan penganjur dan pihak penganjur berhak tidak memberi sijil kepada peserta yang melanggar arahan yang ditetapkan.
  • Semasa berkursus telefon bimbit hendaklah dimatikan.
  • Tempat makan peserta lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan.
  • Peserta tidak dibenarkan hadir kursus berduaan dengan kenderaan persendirian.
  • Peserta dikehendaki mematuhi jadual waktu sembahyang yang ditetapkan (Sila bawa bersama pakaian sembahyang).
  • Sebarang masalah sila rujuk kepada urusetia.
  • Tempat duduk peserta lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan iaitu:

Panduan Ringkas Pernikahan

Malam Berinai:

  • Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
  • Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka  yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.

Pada Hari Pernikahan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi Pengantin Lelaki

  • Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
  • Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  • Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
  • Cincin / gelang tangan / rantai.
  • Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
  • Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
  • Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
  • Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

merisik Panduan Ringkas Pernikahan

Pada Hari Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
  • Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
  • Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi Pengantin Lelaki

  • Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
  • Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

  • Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

Tiga Hari Selepas Perkahwinan:

  • Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak. Jika anda ingin pergi berbulan madu terlebih dahulu.

Panduan Merisik & Bertunang

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Melayu.

engagementring Panduan Merisik & Bertunang

Merisik:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

Pada Hari Pertunangan:

  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Prosedur menuju alam perkahwinan

Bagi pasangan yang telah merancang untuk berkahwin perlulah merangka setiap perkara yang henda dilakukan hingga sampai masa majlis akad nikah. Perancangan yang terliti amat penting supaya majlis dapat dilansungkan tanpa sebarang masalah.

Disini saya senaraikan perancangan awal mengikut step by step pekara yang harus dititik beratkan semasa menuju ke majlis perkahwinan yang hendak dilansungkan.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapabdari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  • Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  • Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  • Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  • Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  • Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  • Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
  • Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
  • Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  • Membeli cincin kahwin.
  • Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  • Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  • Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  • Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  • Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  • Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  • Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  • Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  • Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.

Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Membeli barang kemas
  • Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  • Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  • Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

images Prosedur menuju alam perkahwinan

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  • Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

images 12 Prosedur menuju alam perkahwinan

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  • Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  • Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  • Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  • Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  • Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  • Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  • Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:

  • Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:

  • Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  • Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

Dengan adanya garis panduan ini. Diharapkan dapat membantu bakal-bakal pengantin dalam mempersiapkan majlis perkahwinan mereka dengan baik dan lancar.