10 persediaan penting bagi lelaki sebelum bernikah

Perkahwinan dapat diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di tengah samudera kehidupan untuk menuju ke sebuah destinasi yang abadi iaitu kematian. Memang, jarang sekali kematian dikaitkan dengan perkahwinan tetapi itulah yang sering kita harapkan daripada pelbagai ucapan dan ungkapan iaitu semoga perkahwinan itu berakhir hanya dengan kematian dan bukannya perceraian atau terburai di tengah jalan.

Kita selalu mengucapkan kepada pasangan pengantin semoga berbahagia ke akhir hayat atau semoga kekal perkahwinan mereka sehingga ke anak cucu. Maksudnya semoga perkahwinan kalian itu kekal sehingga mati. Jika begitulah kehendaknya maka bagaimanakah seharusnya kita perlu bersedia dan bersiap diri sebelum menuju ke alam rumahtangga dan menjadi seorang suami kepada seorang wanita dan bapa kepada anak yang akan dilahirkan ?

Ramai lelaki tidak berfikir panjang dan bersedia bersungguh-sungguh untuk bernikah sebaliknya membiarkan diri mereka dikuasai oleh nafsu dan kehendak yang meluap-luap untuk segera menikmati keseronokan alam rumahtangga dan menjalani kehidupan baru sebagai suami isteri. Perbuatan ini selalu membawa penyesalan dan penderitaan yang berpanjangan baik kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Membina rumah dari kayu dan papan pun boleh membawa bahaya dan musibah jika ianya tidak kukuh, kurang persediaan dan salah perancangan inikan pula jika membina sebuah kehidupan yang menampung pelbagai nyawa, hati dan perasaan tanpa persediaan, kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi.

Bukan sahaja bahaya, bahkan derita, sengsara dan juga iman kerap kali menjadi mangsa dan dikorbankan oleh nafsu dan hasutan syaitan yang gemar mempermainkan pasangan-pasangan muda sehingga terjadi perceraian atau pergaduhan tanpa henti dan kehidupan masing-masing penuh dengan duka serta masa depan yang suram.

Perkahwinan ialah antara ibadah yang paling disukai oleh iblis dan syaitan untuk dirosakkan kerana kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit bahkan mampu menjadi krisis yang besar dan mengundang pelbagai dosa sampingan yang lain seperti permusuhan, perebutan hak, fitnah dan sebagainya.

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir ra yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud :“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya untuk menghasut manusia melakukan kejahatan. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah melakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis pun menjawab : ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.” Nabi sallallahualaihi wasallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku telah mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan dalam keadaan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis pun memanggilnya agar dia dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

Perkahwinan adalah amat berkait rapat dengan aqidah seperti baju dengan jarum. Walaupun baju adalah sejenis pakaian dan diperbuat daripada kain manakala jarum pula adalah besi yang berasal daripada logam namun hubungkait antara keduanya amat sinonim kerana tanpa jarum maka baju itu tidak akan dapat dijahit sama sekali.

Begitulah aqidah dan perkahwinan.

Aqidah ialah ikatan antara seorang hamba dengan tuhannya dan syaitan pasti akan melonggarkan ikatan tersebut dan berusaha merungkaikannya. Di sisi orang yang beriman, perkahwinan akan menjadi alat untuk mengukuhkan ikatan tersebut apabila hubungan suami isteri, kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang terbina dapat menjadi nikmat dan kekuatan kepada diri masing-masing di dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Namun bagi mereka yang lemah imannya maka perkahwinan akan menjadi alat kesukaan syaitan yang dipermainkan untuk menyesatkan manusia. Waktu itu, suami isteri, anak-anak akan bertukar menjadi fitnah dan penyebab kerosakkan dan pemutus hubungan dengan tuhannya.

Berapa ramai pasangan yang bergaduh dan bercerai kemudian menjadi berputus asa terhadap rahmat Allah dan semakin jauh daripadaNya ? Berapa ramai pula alim ulama dan pendakwah yang mengabaikan perjuangan kerana masalah rumahtangga dan isu kekeluargaan yang menimpa dirinya ?

Itulah fitnah yang perlu diawasi oleh orang yang beriman.

Oleh yang demikian, persediaan sebelum perkahwinan adalah amat mustahak dimiliki oleh setiap pasangan khususnya bakal-bakal suami dan lelaki yang akan menjadi ketua keluarga dan pemimpin dalam kehidupan isteri dan anak-anaknya.

Al-Quran dan As-sunnah telah memberitahu kita tentang pelbagai persediaan yang perlu dilakukan oleh para pemuda sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan. Di antara semua senarai persediaan yang banyak itu terdapat 10 persediaan yang paling penting untuk diperhatikan dan diusahakan oleh anak-anak muda sebelum menyahut gelaran sebagai seorang suami.

persediaan nikah 300x224 10 persediaan penting bagi lelaki sebelum bernikah

1. Memiliki aqidah yang sahih

Aqidah yang sahih bermaksud ikatan kepercayaan dan pegangan di antara seorang hamba dan Allah SWT yang terjalin secara benar dan sah disisi agama melalui pertunjuk Al-Quran dan As-sunnah yang sahih. Hal ini menjadi asas dan perkara yang paling penting dan utama dimiliki oleh seorang muslim sebelum melakukan sebarang urusan keagamaan yang lain.

Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan wanita-wanita mukmin sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin itu adalah lebih baik dari orang lelaki yang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak kamu ke syurga dan keampunan dengan izin-Nya.” (Al-Baqarah : 221)

Sebelum bernikah dan mendirikan rumahtangga maka hendaklah seseorang anak muda atau lelaki itu berusaha membersihkan aqidahnya dari sebarang kesalahan dan kesilapan dan berusaha memperkukuhkan keimanan dan keyakinannya kepada Allah SWT menurut ajaran Al-Quran dan As-sunnah.

Buah dari aqidah yang benar ialah tauhid yang tulus dan suci serta bersih daripada syirik dan kekufuran. Inilah yang mesti dimiliki sebelum memasuki gerbang pernikahan agar pasangan atau isteri serta ahli keluarga terselamat dari kesesatan dan diredhai oleh Allah SWT.

2. Mempunyai tujuan dan perancangan hidup

Perkahwinan ialah alat atau wasilah dan bukanlah merupakan matlamat hidup seseorang. Apa yang berlaku dalam perkahwinan ialah dua insan menjadi pasangan dan hidup bersama secara halal. Perkahwinan tidak akan mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik atau lebih buruk sebaliknya perkahwinan adalah alat yang bergantung kepada cara seseorang itu menggunakannya untuk mencapai sesuatu tujuan.

Daripada Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra yang berkata : Aku mendengar rasulullah salallahu alaihi wasalam bersabda : “Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat dan setiap amalan itu dibalas menurut apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk tujuan dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu ialah kepada apa yang diniatkan olehnya.” (hadith riwayat Muslim)

Seperti kereta ia adalah kenderaan yang boleh dipandu ke mana-mana yang kita mahu tetapi kitalah yang mesti menetapkan arah tuju dan destinasinya. Kereta itu tidak boleh bergerak sendiri atau membawa kita ke mana-mana jika kita tidak memandunya atau tidak mengetahui arah tuju yang harus diambil. Perkahwinan ialah seperti kereta yang tidak akan bergerak ke mana-mana tanpa mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas.

Maka adalah penting bagi suami dan seorang bapa untuk memimpin keluarganya menuju ke sebuah destinasi dan matlamat tertentu dengan menggunakan perkahwinan dan keluarganya sebagai kenderaan. Oleh itu sebelum melangsungkan pernikahan hendaklah dipastikan kita memiliki matlamat dan tujuan jelas yang mahu dicapai dari perkahwinan ini agar ianya dapat membantu kita memimpin dan memandu perkahwinan menuju ke matlamat yang dimahukan.

3.Mempunyai asas kekuatan jiwa dan kawalan diri

Kekuatan jiwa bermaksud kekuatan hati dan keperibadian yang dimiliki oleh seseorang yang dapat menyebabkan dia mampu mengawal dirinya dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Antara asas kekuatan jiwa yang paling mustahak untuk dimiliki oleh seseorang lelaki sebelum melangkah ke alam perkahwinan ialah seperti kesabaran dan kawalan diri dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Kita perlu memahami bahawa dalam perkahwinan, suami mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting. Kebahagiaan isteri dan neraka mereka adalah bergantung kepada sikap suami dan kekuatan peribadi sang lelaki dalam mengawal diri. Jika suami seorang yang pemarah, kaki pukul dan gagal mengawal diri maka banyak bahaya dan kemudharatan dikhuatiri akan menimpa pihak isteri yang boleh mengakibatkan kehancuran rumahtangga dan pelanggaran hukum Allah SWT.

Daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).” (hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi)

Adalah haram menikahi seorang wanita dengan niat untuk melakukan kemudharatan terhadap dirinya atau dalam keadaan tidak bersedia dan tidak mampu untuk memenuhi keperluannya sehingga menyebabkan kesusahan dan mudharat kepada agama, nyawa, akal dan maruah serta hartanya yang dipelihara oleh Islam. Oleh yang demikian persediaan kekuatan jiwa dan kawalan diri sebelum berkahwin ialah wajib dimiliki oleh setiap lelaki muslim agar diri mereka layak menjadi pemimpin dan ketua keluarga yang berkemampuan menegakkan hukum Allah SWT dalam rumahtangga mereka.

4. Mampu membaca kitab Allah dan sunnah rasul-Nya

Tidak ada petunjuk selain petunjuk Allah dan Rasul-Nya dan petunjuk tersebut hanya akan dapat diperolehi jika kita mampu membaca dan memahami isi kandungan kitab Allah SWT dan sunnah rasul-Nya. Sebagai ketua keluarga, lelaki Muslim bertanggungjawab membawa ahli keluarganya ke jalan Allah SWT dan menyelamatkan mereka dari menjadi bahan bakar api neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (At-Tahrim : 6)

Adalah menjadi syarat yang penting bagi seorang bapa dan wali kepada perempuan untuk memastikan calon suami kepada anak-anak gadis mereka mampu membaca kitab Allah dan boleh merujuk kepada sunnah rasululullah salallahualaihiwassalam. Sekurang-kurangnya dia mampu menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan boleh menjadi Imam dalam keluarganya, mampu membuka tafsir dan merujuk kitab-kitab tafsir atau kitab terjemahan untuk mempelajari maksud-maksud ayat-ayat Allah SWT dan mengambil pelajaran daripadanya.

Juga dia mampu untuk membaca hadith-hadith rasulullah salallahualaihiwassalam dan boleh mencari rujukan dan pelajaran dari hadith-hadith tersebut walaupun dengan bantuan kitab-kitab terjemahan dan buku-buku hadith yang ringkas seperti hadith 40 karya Imam Nawawi atau Riyadhus Solihin bagi mengajarkan ahli keluarganya kehidupan menurut sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

5. Mengetahui tentang halal dan haram dan cara beribadah (fardhu ain)

Seorang lelaki yang telah mukallaf dan berhasrat untuk bernikah wajib mengetahui perkara yang halal dan haram dalam agama serta cara untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT yang disebut sebagai ilmu fardhu ain sebelum dirinya layak untuk bernikah dan menjadi ketua keluarga. Hal ini amat penting kerana tanpa mengetahui apa yang halal dan haram, bagaimana dia akan mampu untuk membimbing isterinya dan menunaikan kewajipannya sebagai suami mahupun sebagai hamba Allah ?

Hubungan suami isteri seperti apa yang dibenarkan dan diharamkan, cara bersuci, cara solat dan seluruh perkara yang melibatkan halal dan haram menurut Islam perlu diketahui oleh seorang mukallaf sebelum menjejakkan kakinya ke alam perkahwinan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka”. (Al-A’raf : 157)
Apa yang perlu diketahui oleh seorang lelaki itu sebelum bernikah ialah perkara-perkara asas dan hukum halal dan haram yang telah jelas dari Al-Quran dan As-sunnah. Hal ini tidak semestinya dihafal atau dikuasai di dalam kepala tetapi bermaksud dia mampu mencari rujukan, membaca buku atau boleh mendapatkan pengetahuan tentang halal dan haram apabila berdepan dengan sesuatu situasi. Namun adalah lebih baik seorang Muslim itu bersedia dan mengetahui tentang apakah perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah SWT kerana hal itu termasuk dalam perintah untuk menuntut ilmu dan mencari petunjuk.
6. Mempunyai kesihatan yang baik

Kesihatan yang baik ialah merupakan perintah agama dan menjadi salah satu sifat dan kelebihan kepada orang yang beriman. Islam amat mementingkan penjagaan makan, kesihatan diri seperti kebersihan dan kecergasan badan. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang menyebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Persediaan kesihatan sebelum bernikah bermaksud menjaga diri daripada penyakit berjangkit, virus dan kuman berbahaya serta apa-apa yang boleh memudharatkan pihak isteri dan keluarga yang akan dibina. Selain daripada itu hendaklah seorang lelaki muslim menjaga kesihatannya seperti bersenam, menjaga pemakanan agar dirinya tetap sihat dan segar untuk pernikahan dan tidak menjadi beban kepada keluarga atau isterinya selepas bernikah.

Ada orang yang tidak menjaga kesihatannya sehingga mendapat penyakit berbahaya dan menyusahkan seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Hal ini akan menganggu hubungan suami isteri dan menjadi beban dalam perkahwinan apabila ianya tidak dijaga dan diselia dengan baik. Kesihatan adalah rezeki dan anugerah daripada Allah SWT tetapi hendaklah dicapai dengan usaha dan disiplin diri dalam menjaga makan dan minum serta rajin bersenam dan memelihara kebersihan diri.

7. Mempunyai pengetahuan tentang seks dan mampu melakukannya dengan betul

Hubungan seks ialah salah satu di antara tujuan penting perkahwinan iaitu untuk memuaskan fitrah dan nafsu di jalan yang halal. Oleh yang demikian mana-mana pasangan yang hendak mendirikan pernikahan perlulah mengetahui ilmu asas dan persediaan untuk memenuhi fitrah masing-masing secara halal dan baik serta bersedia baik dari segi fizikal dan emosi.

Sebagai seorang lelaki muslim, dia perlu bersedia untuk memenuhi keperluan fitrah dirinya dengan cara yang betul dan bersedia untuk memenuhi keperluan isterinya pula dengan cara yang baik dan berkesan. Persediaan itu termasuk mengetahui biologi dan fitrah wanita seperti kitaran haid, penyakit-penyakit kelamin seperti masalah keputihan, isu hubungan badan seperti ransangan dan membangkitkan rasa ghairah sebelum jimak agar tidak wujud kesakitan kepada pihak isteri dan mampu menjadikan hubungan seks sebagai nikmat dan kegembiraan bukan masalah dan kesedihan.

Syeikhul Islam, Ibn Taimiyyah ra menyebutkan bahawa hendaklah seorang suami itu melakukan hubungan seksual dengan isterinya menurut cara yang mampu memenuhi keperluan isterinya selama ianya tidak membawa mudharat kepada fizikalnya.

Dalam hal ini para lelaki Muslim hendaklah bertanyakan kepada orang tua atau mereka yang arif tentang petua dan panduan yang boleh membantu mereka melayari perkahwinan dan memberi kepuasan kepada pihak isteri.

Dari ‘Ummul Mu’minin ‘Aisyah ra berkata: Rasulullah Salallahualaihiwassalam bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya.” (Riwayat tirmidzi)

Keperluan seksual lelaki dan perempuan adalah berbeza serta cara masing-masing mencapai nikmat dan keseronokan juga adalah tidak sama maka hendaklah pihak lelaki dan bakal suami mempelajari dan menguasai pengetahuan ini agar dapat memberikan layanan yang terbaik kepada isteri masing-masing.

8. Mempunyai pekerjaan dan pendapatan serta tempat tinggal

Termasuk diantara syarat-syarat asas untuk mendirikan rumahtangga ialah pihak suami atau lelaki itu mempunyai kemampuan untuk memberikan nafkah dan memenuhi keperluan asas keluarganya serta menyediakan tempat tinggal yang selamat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.” (At-Talaq : 6)

Tidak disyaratkan untuk memiliki rumah yang besar atau mewah tetapi hendaklah ianya mampu melindungi keselamatan isteri dan auratnya serta dapat memberikan perlindungan dari hujan dan panas serta tidak memudharatkannya untuk menetap di dalamnya.

Oleh yang demikian maka para lelaki Muslim dan bakal suami hendaklah memiliki pekerjaan dan pendapatan yang mampu untuk membiayai sara hidup dan kehidupan isterinya bersama keluarga sebelum mendirikan pernikahan dengan cara bekerja atau berniaga.

Hal ini kerana Islam mementingkan persediaan dan pekerjaan bersungguh-sungguh bukan hanya meminta-minta dan mengharapkan bantuan atau sedekah tanpa usaha gigih yang bercanggah dengan sikap Islam.

Firman Allah SWT : “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan (sara hidup dan rezeki).” (An-naba : 10-11)

Diriwayatkan dari Zuba’ir bin Al Aawam dari Nabi SAW yang bersabda dengan bermaksud: “Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia memikul kayu tersebut untuk ke pasar dan menjualnya demi menjaga kehormatannya, maka nescaya hal yang demikian itu adalah lebih baik baginya daripada perbuatan meminta-minta kepada orang lain, baik dia diberi atau pun ditolak.” (Hadith riwayat Bukhari)

9. Memiliki kekuatan untuk menjaga dan melindungi keselamatan isteri dan keluarga

Islam menjadikan lelaki sebagai pemimpin wanita kerana kekuatan dan kelebihan yang ada pada kaum lelaki untuk memelihara dan melindungi wanita. Sebelum bernikah, seseorang wanita itu akan berada dibawah pemeliharaan walinya yang bertanggungjawab ke atasnya. Namun apabila dia sudah menikah maka tugas untuk melindungi dan menjaga keselamatan dirinya, agamanya dan memelihara dirinya daripada bahaya dan fitnah adalah terletak di atas bahu suaminya.

Daripada Abdullah ibn Amru ibn As ra bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Dan bagi isteri kamu itu mempunyai hak ke atas kamu.” (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian hendaklah bakal suami dan lelaki muslim yang akan bernikah bersedia menyiapkan diri dengan kekuatan dan kemampuan fizikal dan mental serta persediaan yang perlu untuk melindungi isterinya daripada bahaya dan gangguan manusia dan syaitan.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Di dalam hadith di atas menyebutkan bahawa mempertahankan keluarga termasuk di antara penyebab kepada mati syahid sebagai menunjukkan bahawa ianya adalah kewajipan dan tugas yang besar di sisi agama. Untuk melaksanakan tugas mempertahankan keluarga seperti yang disarankan oleh hadith di atas maka hendaklah lelaki Muslim atau bakal suami itu memiliki kekuatan dan persediaan.

Kekuatan di sini bukan sahaja bermaksud kekuatan fizikal tetapi juga kekuatan mental dan kebijaksanaan serta kemampuan baik dari sudut kewangan, kepandaian atau memiliki hubungan ramai dengan pihak yang mampu menghulurkan bantuan untuk membantu melindungi isteri dan keluarganya daripada sebarang bahaya dan fitnah.

10. Memiliki kemahiran asas dalam hidup

Rumahtangga ialah seperti kenderaan yang tidak berguna jika kita tidak tahu memandunya atau tidak tahu ke mana mahu dituju dengannya. Oleh yang demikian adalah penting bagi seorang pemandu yang mahu memandu keluarganya agar tahu dengan selok-belok kehidupan serta mempunyai kemahiran yang asas dalam pelbagai pengetahuan hidup seperti komunikasi, pertukangan, memperbaiki perkakasan rumah dan elektrik, menyelia kenderaan dan automotif atau mampu mengendalikan kecemasan dan rawatan cemas apabila diperlukan.

Hidup ini adalah misteri dan penuh dengan ujian dan dugaan. Kita haruslah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang boleh membantu kita di dalam mendepani cabaran kehidupan apabila tibanya saat-saat yang memerlukan. Malang tidak pernah berbau seperti kata orang maka tidak rugi bahkan menjadi kewajipan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu atau dua kemahiran asas dalam hidup yang dapat menjadi bekalan dalam memimpin keluarga dan rumahtangga.

Baginda rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri amat mengalakkan umatnya belajar menunggang kuda, berenang dan memanah di zaman baginda. Pada hari ini kemahiran yang penting ialah seperti kemahiran IT, kaunselling, motivasi dan kemahiran pertukangan dan memperbaiki alatan elektrik dan menyelia kenderaan jika rosak di tengah jalan.

Antara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan yang besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan.

5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta

Anda sebenarnya boleh menjadi seorang Pakar Cinta. Semua orang! Tidak ada yang terkecuali. Malah anda juga boleh menggantikan kami di Tentang Cinta!
Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan.

1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini.

2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Daripada situ anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.

Suami Isteri 300x199 5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta

3. Pelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum Tentang Cinta merupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

4. Fahami pasangan anda
Fahami sikap dan perbezaan pasangan anda. Pasangan anda merupakan pelengkap hidup anda. Dengan memahami perbezaan sifat lelaki dan perempuan, anda akan lebih mudah untuk tackle sebarang masalah dalam perhubungan. Bukan itu saja, mereka juga akan nampak anda seorang yang sangat memahami.

5. Pengalaman
Memang tidak dapat dinafikan lagi. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Daripada pengalaman itulah yang akan membuatkan anda menjadi lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang Pakar Cinta. Pastikan anda mempelajari sesuatu daripada ‘guru’ pengalaman anda. Kalau tak, rugi!

Adakah anda mempunyai tips-tips lain untuk menjadi seorang Pakar Cinta? Kongsikan bersama kami di sini dalam ruangan komen di bawah.

Tips menulis surat cinta

Seiring dengan perkembangan teknologi saat ini, menulis surat cinta dengan selembar kertas -yang merupakan cara klasik dalam menyampaikan pesan kepada orang yang Anda sayangi- mulai jarang dipakai (era paperless).

Media-media seperti email dan sms sepertinya lebih praktis untuk menyampaikan sebuah pesan. Namun cara klasik ini memiliki sebuah keunggulan yang tidak dimiliki media yang lain yaitu sifatnya yang abadi dan dapat dikenang abadi (memorable) serta memungkinkan Anda untuk menuangkan perasaan Anda padanya dalam wujud puisi.

o love letter 282x300 Tips menulis surat cinta

Anda akan tersenyum ketika beberapa tahun kemudian Anda kembali membacanya. Sehingga tak jarang, cara klasik ini masih menjadi pilihan penyampaian pesan oleh sebagian pasangan. Berikut ini adalah Tips menulis surat cinta yang unik dan menarik:

1. Kemasan & Isi Surat. Pilihlah kualitas kertas yang bagus agar sedikit membedakan dengan memo atau catatan kecil, dan tentu saja agar terlihat spesial. Gunakan pilihan dan sekaligus penulisan kata yang mampu mewakili ekspresi dan emosi perasaan Anda. Misalnya, “Hmm…! Aku keknya ga’ bakal betah deh terlalu lama di kota ini tanpa kamu, Yang.” Atau “Sun jauh selalu dari kakak disini…Muach!”.

2. Sentuhan Khas. Untuk sebuah surat cinta, akan lebih berkesan –dan tidak monoton- apabila Anda menambahkan beberapa ‘sentuhan’ khas Anda, misalnya tanda bibir-berlipstic pada bagian bawah surat, surat teka-teki dengan jawaban ada pada surat berikutnya atau menuliskan sesuatu dengan menggunakan lilin pada lembar surat, yang hanya bisa muncul dan terbaca bila dipanasi dari balik kertas.

3. Makna Tersembunyi. Surat cinta Anda sebaiknya memiliki makna tersembunyi, dimana hanya Anda dan pasangan yang mengetahuinya. Sehingga orang lain yang membacanya juga tidak akan memahaminya. Misalnya, “Hm…saat aku mengatarmu di bandara ketika itu, kata-katamu yang terakhir selalu membuatku melayang, Non!” atau “Hehe..aku masih merasa geli aja sama kejadian waktu kita jalan bareng di Orchard Road”. Hal ini akan membuat Anda dan pasangan semakin terasa ‘terikat’.

sumber : tipsanda

8 Petua Mencari Lelaki Yang Baik

Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun begitu, apakah tips-tips untuk memilih atau mencari lelaki yang baik? jom baca entri ni..
lelaki soleh 285x300 8 Petua Mencari Lelaki Yang Baik
1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

P/S : Semoga dengan petua-petua ini dapat mambantu wanita umtuk mencari lelaki-lelaki yang baik untuk dijadikan pasangan hidup…insyaAllah

Tips bila rindu

Kadang kadang kan, kita merindui seseorang bila tiada di sisi kita. Eh, most of the time macam tu kan? Hehe. Mungkin si dia busy, atau korang merindukan seseorang yang korang cintai dalam diam mungkin? Pertama, bila terjadinya saat saat macam ni, jangan salah anggap pada pasangan kita. Dia mungkin sedang busy atau melakukan sesuatu yang penting. Kita tak perlu ganggu si dia hanya kerana kita sedang merindukan dia kan? Apa yang saya nak cakap ni adalah tentang sesetengah keadaan yang ada pasangan alami. Contohnya, percintaan jarak jauh atau tersekat dengan kesibukan dalam mengejar cita cita dan impian demi masa depan korang bersama. Jadi apa yang korang alami ini adalah satu pengorbanan untuk kebahagiaan masa depan kan?

“tak salah berkorban sekejap demi kebahagiaan selama lamanya “

Bila terjadinya keadaan macam ni, apa yang perlu dilakukan? Luna just nak share pendapat Luna, terima kasih sebab sudi membaca.

miss u 150x150 Tips bila rindu

Jangan fikir negatif pada pasangan

Pertama sekali, buang tanggapan negatif korang terhadap pasangan korang yang busy. Buang jauh jauh anggapan yang negatif tu. Cuma fikirkan yang dia sedang sibuk kerana dia fokus dalam mengejar cita citanya demi masa depan korang bersama. Jangan cari gaduh hanya dia kerana selalu sibuk. Percayalah…jangan cari gaduh..

Tengok gambar gambar

Bila si dia tiada di sisi, korang tataplah balik gambar gambar lama korang ke kan. Hehe. Cuba imbau balik kenangan masa korang mula mula jumpa dulu. Mungkin cara ni akan mengeluarkan tangisan. Tapi Luna rasa ianya akan melegakan rasa rindu tu. Try it out! Oh, dont call him kalau dia dah bagitau yang dia betul betul busy.

Alih perhatian pada benda lain

Tengok la movie atau klip klip lawak untuk mengalihkan rasa rindu itu. Korang akan rasa lega bila ketawa nanti. Layan lagu lagu ke kan. Hehe. Kerana bila kita rindu lazimnya kita merasa keseorangan atau sunyi. Jadi buatlah perkara2 yang boleh jadikan kita happy.

Berborak dengan kawan rapat

Korang ada bff? Atau kawan rapat? Try la bergosip atau berborak hal hal yang menyenangkan dengan diorang. Hang out dengan bff (bagi perempuan) adalah perkara yang paling best walaupun korang dalam keadaan sedih. Bagi lelaki, korang boleh hang out dengan kawan2 dan buat la hal lelaki. Apa? Luna tak tau, ikut korang la.Hahaha.

Cuba luahkan pada si dia

saya letak ini sebagai option terakhir. Tadi saya kata tak boleh call kan? Tapi saya tak kata tak boleh mesej :p Hantar la mesej ringkas yang mengatakan korang rindu kat dia. Jangan hantar mesej berbunga bunga atau berbentuk rungutan, nanti dia rimas. Just tell him that u miss him. icon smile Tips bila rindu

Cari pasangan dengan prinsip 5K

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat
jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu

“Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.

KENAL

Kita disuruh kenal/ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan
dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila
melantik seorang saksi.

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar.
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”

Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi ”Pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya”

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya….

Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.5k 300x300 Cari pasangan dengan prinsip 5K

KELAS

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas
yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan.

Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU

Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-

“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan”

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:-

“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu”

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..

Sememangnya terdapat ” Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki” Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang
dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan:-

“Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.
Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya” Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik”

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.

Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka
menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….

Begitu juga sebaliknya masalah berlakuKata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”.
Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….

Tips Pertemuan Pertama

  • Sentiasa menghormati pasangan dan menjadi pendengar yang setia.
  • Jangan sesekali meninggi diri seperti memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, anda hebat, begitu sihat dan sebagainya yang boleh ‘mencacatkan’ kelebihan diri mu.
  • Sila matikan telefon bimbit bagi mengelak sebarang gangguan. Tindakan itu sedikit sebanyak membuktikan betapa anda begitu serius dan menghormati janji temu itu.
  • Gayakan penampilan mengikut kesesuaian umur anda. Janggal sesekali menggayakan penampilan yang anda sendiri malu untuk berada di khalayak.
  • Bersikap jujur.
  • Jangan sesekali menjadikan janji temu anda itu sebagai medan untuk membuka cerita isu semasa dan debat.
  • Harus tahu bila menghadiri temu janji

  • Tidak semua orang menyukai anda. Mengikut fakta, purata 95 peratus masyarakat tidak akan menyukai pasangan janji temu. Tentu kamu juga pernah berperasan begitu? Justeru, terimalah seadanya yang kemungkinan orang lain juga tidak boleh menerima anda di pertemuan pertama.
  • Jangan sesekali meletak harapan terlalu tinggi dalam pertemuan pertama.
  • Ingat fakta “no pain, no gain’? Dalam sesuatu pertemuan itu, ia lebih kepada ‘no risk, no gain’. Anggaplah jika tidak menghadapi sesuatu risiko, anda tidak akan berjaya.
  • Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak bermain dalam ‘permainan’ di pertemuan pertama itu.
  • Cetuskan strategi untuk memenangi hatinya.first date 300x199 Tips Pertemuan Pertama
  • Sebelum mengaturkan janji temu

    1) Membaca akhbar atau majalah popular untuk mengetahui perkembangan terkini.
    2) Pilih lebih awal lokasi pertemuan bagi mengelak membuang masa membuat pilihan destinasi pertemuan.
    3) Sediakan profil lengkap butiran peribadi anda berserta dengan gambar. Pastikan gambar di ambil di kawasan yang cantik dengan pancaran cahaya yang terang.
    4) Pastikan hanya anda saja berada di dalam foto itu.
    5) Cuba untuk kelihatan bersikap terbuka.
    6) Pastikan penampilan anda kemas dan tidak selekeh.
    7) Tidak sesekali sibuk pada hari pertemuan diaturkan bagi memastikan anda tidak lewat tiba.

    10 Cara Sentiasa Adil.. Bila Bergaduh

    1) Jangan Bersyarah

    Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

    2) Jangan Balas Dendam

    Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!

    3) Jangan Tinggikan Suara

    Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

    4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

    Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

    5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

    Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.148592 176170465728415 100000063882829 617853 1569454 n 300x225 10 Cara Sentiasa Adil.. Bila Bergaduh

    6) Mendengar Dengan Teliti

    Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

    7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

    Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!

    8) Jangan Serang!

    Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.

    9) Mesti Hormat

    Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

    10) Jangan Tinggalkan

    Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

    Tips kekal dalam bercinta

    Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
    Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

    PERTAMA.
    Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

    KEDUA.
    Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

    KETIGA.
    Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

    KEEMPAT.
    Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

    KELIMA.
    Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

    KEENAM.
    Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

    KETUJUH.
    Percayailah cinta pandang pertama.

    KELAPAN.
    Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

    KESEMBILAN.
    Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.adab sami isteri berjimak 150x150 Tips kekal dalam bercinta

    KESEPULUH.
    Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

    KESEBELAS.
    Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

    KEDUABELAS.
    Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

    KETIGABELAS.
    Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

    KEEMPATBELAS.
    Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

    KELIMABELAS.
    Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

    KEENAMBELAS.
    Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

    KETUJUHBELAS.
    Berpeganglah kepada tiga R:
    1. Rasa hormat pada diri sendiri;
    2. Rasa hormat kepada orang lain;
    3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

    KELAPANBELAS.
    Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

    KESEMBILANBELAS.
    Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

    KEDUAPULUH.
    Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

    KEDUAPULUH SATU
    Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

    Strategi Memikat Wanita

    Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama.

    Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang? Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah. Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja! Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.BD 661 300x269 Strategi Memikat Wanita

    1. Cari masa yang sesuai.

    Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

    2. Jangan buang masa.

    Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

    3. Lebih berkeyakinan.

    Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

    4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.

    Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

    5. Teruskan persahabatan.

    Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.