>Sembahyang Akhir Waktu ..

>Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita
direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang
Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya�..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya �free� Sekatan tol tiada Tiada �jem� Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan

Tapi

Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
Tapi sekatannya MasyaAllah�.

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi� penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..
Jatuh berderai�

solat itu tiang agama >Sembahyang Akhir Waktu ..


Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La�. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai�.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga 

Maka�
Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish�.
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai
Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti
Ya Allah� Ampunkan kami� Kerana lalai�
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang…

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

Sumber : FWD

“Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat….” 

Mari kita hijrah ke arah insan berilmu

”Ummah Gemilang” merupakan aset negara yang paling bernilai kerana terciptanya sejarah kecemerlangan sesebuah tamadun bersumber dari kegemilangan ummah dalam meneroka pelbagai ilmu pengetahuan. Sejarah membuktikan kejayaan yang dimiliki oleh Ibn Sina dalam bidang perubatan, Al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi, Ibn Khaldun dalam bidang falsafah dan ilmuwan lain yang telah menyumbangkan ilmu-ilmu mereka sehingga lahirnya satu tamadun ilmu.

Penguasaan ilmu secara seimbang dan menyeluruh perlu diterapkan dalam masyarakat hari ini supaya tidak berlaku ”kejahilan ilmu” yang menyebabkan negara terpaksa meminjam tenaga dari luar. Usaha kerajaan dalam RMK-9 untuk membangun modal insan melalui pendidikan, Inovasi dan nilai merupakan satu langkah yang harus disokong oleh semua pihak kerana ia memberi kesan yang sangat positif dalam pembangunan ummah.

Satu langkah yang tepat ialah berhijrah dari kepompong kemiskinan ilmu ke arah penguasaan ilmu pengetahuan sebagaimana al-Quran memberi motivasi kepada umatnya yang mafhumnya, ”Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Luqman:27)

Ilmu pengetahuan dapat diperoleh dari pelbagai sumber seperti pembelajaran, penelitian, pengkajian dan lain-lain. Allah SWT berfirman yang maksudnya, ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Surah al-Alaq: 1-5)

Perkataan Iqra’ adalah perkataan pertama dari wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhamad SAW. Iqra’ bukan hanya sekadar membaca sahaja tetapi juga membawa pengertian lain antaranya menelaah, mendalami, meneliti, meyampaikan, dan mengumpulkan. Wahyu pertama itu tidak menjelaskan apa yang harus dibaca, kerana al-Quran menghendaki umatnya membaca apa sahaja selama bacaan tersebut bismi rabbik dalam erti bermanfaat untuk kemanusiaan. Justeru, Iqra’ dapat difahami sebagai bacalah, telitilah, dalamilah, ketahuilah ciri-ciri sesuatu; bacalah alam, tanda-tanda zaman, sejarah ataupun diri sendiri yang tertulis atau tidak. Akhirnya perintah Iqra’ mencakup segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh akal.

scholars icons1 Mari kita hijrah ke arah insan berilmu

Perintah membaca merupakan perintah yang paling berharga yang dapat menghantar manusia ke arah insan berilmu pengetahuan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa perintah membaca ini merupakan motivasi utama untuk berhijrah menjadi seorang yang berilmu. Sesungguhnya ilmu itu ibarat cahaya dan kejahilan itu merupakan kegelapan. Orang yang berilmu akan menerangi alam ini dengan pengetahuan yang dimilikinya dan memberi banyak manfaatnya kepada orang lain. Oleh itu dalam sebuah hadith ada menyebutkan bahawa, ”Apabila mati seseorang anak adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang selalu mendoakan kepadanya ‘.( H. R. Muslim )

Peluang mendapatkan ilmu terbuka luas, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas dan prasarana bagi masyarakat bermula dari pra- sekolah hinggalah ke pusat pengajian tinggi, anak-anak hendaklah dibekalkan dengan pendidikan yang sempurna, kegagalan ibu bapa mendapatkan pendidikan anak-anak secara sempurna merupakan satu kesilapan yang besar kerana kegagalan anak-anak dalam pelajaran akan menyebabkan mereka keciciran dalam pelajaran. Kesannya bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga kepada masyarakat dan bangsa.

Kesukaran hidup merupakan cabaran utama yang perlu ditangani bersama, kita mungkin hanya menguasai satu ilmu, tetapi ilmu yang lain kita tidak menguasainya. Justeru kita hendaklah berusaha menjadi ummat yang berilmu dengan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan. Menguasai satu-satu ilmu tidak lah memadai untuk menjadi ummah yang gemilang.

2c1 230x300 Mari kita hijrah ke arah insan berilmu

Kedua-dua ilmu iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu Kifayah hendaklah diketahui secara menyeluruh kerana ilmu-ilmu ini dapat memandu manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan dapat melahirkan umat yang beriman, beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah SWT.
Ajaran Islam menganjurkan umatnya mencari ilmu pengetahuan untuk mencapai kebahagiaan hidup dan kesejahteraan dalam hidup. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim. (Riwayat Ibn Majah) .Harus difahami, kewajipan ini tidak terbatas pada usia remaja sahaja tetapi sehingga ke usia emas, kewajipan ini tidak pernah berhenti walau sedetik.

Imam Syafi’i dapat dijadikan contoh, yang berlatarbelakangkan kemiskinan tidak menghalang beliau untuk mencari ilmu pengetahuan. Pada masa kecil lagi beliau telah menghafaz al-Quran dan banyak hadith. Cintanya kepada ilmu pengetahuan membawanya mengembara yang akhirnya menjadikan beliau ilmuwan unggul. Disebabkan keilmuannya dalam bidang hadith dia digelar Nasir as-Sunnah, Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh dia dikenal sebagai penyusun pertama kitab Usul Fiqh dan pendiri mazhab Syafi’i.

Penerokaan umat Islam dalam berbagai-bagai disiplin ilmu telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang. Kesan kemajuan serta kecermerlangan tamadun ilmu dapat disaksikan hingga kini. Kecermerlangan mereka dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak disiplin ilmu tidak mungkin datang secara kebetulan. Lantaran itu, untuk mencapai kecermerlangan dan kemajuan, tidak salah menoleh pada sejarah lampau untuk dijadikan iktibar. Dalam hai ini Allah SWT. Telah menyebutkan akan mengangkat darjat orang-orang berilmu kepada beberapa darjat melalui firman-Nya yang bermaksud:

…Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat…
(Surah al-Mujaadalah:11)

Mulianya orang yang berilmu sehingga Allah akan mengangkat darjat mereka. Kata pepatah “usaha tangga kejayaan”. Untuk itu, perlu satu penghi
rahan untuk menjadi insan berilmu. Tanpa usaha, sesuatu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Orang lain tidak dapat mengubah diri kita, melainkan kita sendiri. Tanpa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, bagaimana seseorang itu mampu mengharungi kehidupan didunia ini dengan cemerlang.

Oleh itu berusahalah dari sekarang mencari ilmu pengetahuan sebanyak mungkin untuk menjadi ilmuwan yang mampu mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Semoga ilmu yang diperoleh bukan hanya dapat menyinari hidup sendiri, bahkan mampu menyinari generasi akan datang.

Maulidur Rasul vs Valentine antara 2 cinta : redha dan murka Allah

Sebelum saya mengupas lebih lanjut tajuk entri kali ini. Marilah kita bersama berselawat ke atas Rasulullah saw sebagai tanda menyintai Baginda Rasul. Batapa hakikat selawat ini banyak memberi kebaikan buat kita sebagai umat. Bukan hanya sekadar tanda cintanya kita pada Baginda Rasul. Tetapi lebih dari itu.

valentines day comment graphic 13 150x150 Maulidur Rasul vs Valentine antara 2 cinta : redha dan murka Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah masih lagi kita tidak mencintai kepada Rasulullah S.A.W.? Setelah malaikat malaikat sendiri berjanji sedemikian rupa…

Bulan Februari tahun ini mempunyai 2 tarikh berturutan dengan 2 event yang sangat kontradik. Satu menuju jalan syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satu mengundang murka Allah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satu membawa ke neraka, yang satu lagi membawa ke syurga, dengan izin Allah.

nabi muhammad 150x150 Maulidur Rasul vs Valentine antara 2 cinta : redha dan murka Allah

Bagi umat Islam yang punya kefahaman jelas, mereka tidak sekali-kali menyambut Valentine Day. Bagi generasi muslim yang jauh dari agama, terutama remaja, Valentine Day memberi makna sangat besar kepada mereka. Hari itulah mereka menumpahkan kasih-sayang kepada boyfriend atau girlfriend mereka. Bukan setakat kasih-sayang, maruah, tubuh dan rasa malu juga melayang. Mereka menurut jejak langkah syaitan yang menyesatkan mereka di dunia, dan di akhirat dihumban ke dalam neraka kalau tidak bertaubat.

Memuji Rasulullah SAW dan lain-lain aktiviti. Ia sangat baik dengan memberikan alternatif bagi menentang arus jahiliyyah Valentine Day yang sangat merosakkan itu. Demikian juga, sebuah kerajaan yang bersih dan baik mesti mengambil langkah membendung gejala tidak sihat yang merosakkan anak muda muslim ini.

ana love rasulullah2 150x150 Maulidur Rasul vs Valentine antara 2 cinta : redha dan murka Allah

Maulidurrasul pula menjadi di antara peluang mukmin meneliti diri sendiri. Setakat mana mereka berikan masa, diri, harta mereka untuk Islam sebagaimana Nabi SAW telah memberikan seluruh hidupnya untuk Islam. Setakat mana kelahiran Baginda itu dapat menjadi motivasi menyuburkan semangat juang bagi menegakkan Islam seperti yang pernah ditegakkan oleh Baginda sepanjang 23 tahun bergelumang dengan dakwah dan perjuangan.

Maulidurrasul bukan sekadar kelahiran seorang manusia. Ia bukan sekadar barzanji, baca rawi dan marhaban. Ia bukan sekadar selawat dan tunjukrasa cintakan Nabi. Ia peringatan terhadap kelahiran junjungan besar yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kezaliman kepada keadilan, dari sistem jahiliyyah kepada sistem pemerintahan Islam. Apabila kesedaran sampai ke tahap itu, baharulah barzanji, baca rawi, marhaban, berselawat itu benar dengan ertikata sebenar.

Rasa cinta Nabi mesti disuburkan. Manakala menyubur rasa cinta melalui Ventine Day mesti dikuburkan. Kerajaan negeri di bawah PR boleh membantu untuk menyuburkan rasa cinta kepada Nabi dan mengelakkan cinta ternoda melalui Valentine Day.

>Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah ..

>” Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. “ 
Q.S Al-Hujuraat : 10

” Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.”
Q.S Al-Hijr : 47 

Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya. 

Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya. 

Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama’ salaf mengenai 
hubungan persaudaraan. 

Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,
” Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. “
HR Bukhari dan Muslim

Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;
” Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu “
HR Malik dan Ahmad 

Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, ” Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka.” 

Al-Hasan berkata, ” Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia.” 

Khalid bin Shafwan berkata, ” Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. “ 

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh 
memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, ” Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. “ 

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar. 

 >Perkara Yang Merosakkan Ukhuwah ..

Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah : 

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain. 

Rasulullah SAW. Bersabda;
” Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. “
HR Ibnu Majah 

Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan 
meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata. 

2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan. 

Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
” Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. “
HR Ahmad 

Ibnu Qayim, dalam kitab “Al-Jawabul Kafi” mengatakan, ” Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. “ 

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;
” Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada 
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). “
Q.S Az-Zukhruf : 67

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga; 
” Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. “
Q.S Al-Hijr : 47 

3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar’i) Ketika Berbicara. 

Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;
” Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu 
adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. “
Q.S Al-Israa? : 53 

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;
” Kalimah thayibah adalah shadaqah. “
HR Bukhari 

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya. 

Seorang ulama salaf berkata, ” Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia 
selesai berbicara. “ 

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau. 

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau. 

6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan. 

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;
” Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. “
HR Bukhari dan Muslim

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat. 

Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah 
menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan. 

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain. 

7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia ) 

Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan. 

Allah SWT berfirman;
” Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan 
dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman 
berserah diri. “
Q.S Al-Mujaadalah : 10 

Rasulullah bersabda;
” Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. “
HR Bukhari dan Muslim 

Para ulama berkata, ” Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ‘ Mereka itu membicarakanmu’.” Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).

Wallahu?alam Bisshawab

>Barat Terus Perlekeh Islam

>TERDAPAT tujuh lautan yang ada di muka bumi ini. Namun biar seluas mana pun lautan tersebut ia tidak sesak dengan kapal-kapal yang belayar. Tetapi berbeza dengan pelayaran di alam siber. Keadaannya sungguh sesak, padat dan penuh dengan pelbagai ‘pengaruh’.

Pengaruh yang sampai itu pula mampu menakluk negara-negara yang menjadi persinggahan dan akibatnya meninggalkan pelbagai kesan global. Buktinya, apabila ada seorang pemuda Islam, Melayu berusia 32 tahun baru-baru ini membuat pengakuan dia seorang gay dalam menjayakan kempen homoseks seluruh dunia.

I’m Gay and I’m Okay, itu tajuk salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia. Ia Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Kita percaya pemuda ini tidak perlu bersusah payah pergi ke Barat bagi mendapatkan bahan-bahan untuk menyongsangkan dirinya.

kuasa+imperialisme >Barat Terus Perlekeh Islam


Sebaliknya, cukup dengan pelayaran di alam siber yang boleh memuat turunkan pelbagai bahan yang dikehendaki dan sokongan dari golongan songsang tersebut bagi membolehkan dia menyebarkanluaskan lagi perlakuan yang cukup keji itu.

Mangsa agenda Barat? Sebelum ini kita diminta supaya bersedia menghadapi kesan globalisasi. Antaranya supaya bersikap lebih terbuka dan mengurangkan prejudis terhadap Barat.

Supaya apa juga maklumat dan pengaruh yang sampai, kita tidak mudah melatah dan dapat disaring untuk diambil intipatinya.

Namun, buku ini menjelaskan kepada kita bahawa umat Islam tidak akan pernah terlepas dari diusik oleh Barat. Mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)

Ayat tersebut menjadi dalil supaya kita beringat dan berhati-hati terhadap Barat dalam pada kita mengamalkan sikap terbuka dan tidak berprasangka buruk terhadap mereka itu.

Melalui buku Pandangan Negatif Barat Terhadap Islam, penulisnya, Lutfi Mustafa El-Baynani membedah satu demi satu persoalan mengenai pandangan negatif Barat terhadap Islam, bermula pada Bab Pertama dengan meletakkan pada neraca kebenaran mengenai kisah-kisah Nabi Isa menurut al-Quran.

Ia supaya kisah-kisah Nabi Isa mulai kisah ibunya, Siti Maryam, baginda dilahirkan sehinggalah kisah baginda diangkat ke langit tidak diselewengkan kerana penulis mahu umat Islam memahami kebenaran hanya ada pada Islam.

Tidak ada pada agama lain yang walaupun ada sesetengah agama itu berasal dari langit atau agama samawi. Akibat suka mengubah-ubah mengikut pelbagai kepentingan peribadi sesetengah pihak menyebabkan ada penganutnya menjadikan permusuhan terhadap umat Islam sebagai sebahagian dari ajaran.

Sebagaimana Allah telah memberikan amaran, dalam firman-Nya yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka. (al-Baqarah: 120)

Sesetengah kalangan anti-Islam itu berpendapat tidak perlu untuk bertukar agama secara rasmi, asalkan sahaja umat Islam dapat dimurtadkan dan berpaling jauh dari Allah dan Islam, sudah lebih daripada memadai.

Mungkin perbuatan gay yang sangat menyerupai perbuatan kaum Nabi Lut tidak sampai ke tahap menyebabkan seseorang itu murtad atau terkeluar dari Islam, nauzubillah.

pengaruh sosial adalah antara dakyah yang digunakan bagi mereka dan melalaikan umat Islam. Ini termasuklah hubungan seks songsang akibat terpengaruh dari pelbagai gejala sosial yang negatif.

Ia menjerumuskan umat Islam dengan pelbagai perkara yang merugikan dan merosakkan diri termasuk terlanjur dalam hubungan berlainan jantina dan sama jenis.gerakan Barat atas nama agama yang cuba melemahkan umat Islam dari segala aspek

Ini termasuklah gerakan untuk memusnahkan individu Muslim melalui gerakan sosial, seks bebas pemusnahan akhlak, menghalalkan pelacuran, gejala bohsia, gadis pelayan pelanggan, gigolo dan sebagainya.

Gerakan memusnahkan keluarga dan masyarakat Islam, minda umat Islam, gerakan menghapuskan al-Quran dan segala ajaran, gerakan merosakkan imej umat Islam (melalui lakaran kartun-kartun yang bersifat biadab), gerakan merosakkan imej wanita Islam dan sebagainya.

Jika kita perhatikan semua topik yang dikupas itu sebahagian besar adalah realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Jika ada yang masih hendak mendaulatkan Barat pada perkara-perkara yang maksiat, jahat dan menyesatkan, sesungguhnya kalangan Barat itu sendiri adalah sesat.

Allah telah memberi amaran kepada mereka melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakankanlah Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu diluar kebenaran, janganlah pula kamu mengikut kehendak hawa nafsu dari golongan yang sesat sejak dahulu dan menyesatkan pula kebanyakan manusia dan mereka sesat dari jalan yang lurus. (al-Maidah: 77)

Dalil yang cukup kuat yang membuktikan bahawa golongan anti Islam dari Barat sentiasa mencari umat Islam untuk dijadikan mangsa dan dimangsai.


>Zikrullah Merangsang Kekuatan

>

Salah satu amalan yang dapat mengukuhkan muraqabah ialah mengingati Allah atau zikrullah. Dalam Al-Quran antara golongan yang amat dipuji oleh Allah ialah golongan yang banyak berzikrullah. Dalam surah Al-Ahzab ayat 35 Allah berfirman, “Dan golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” Golongan ini kadangkala digelar oleh nabi sebagai Al-Mufarridun berpandukan sebuah hadis yang terdapat dalam sahih Muslim yang bermaksud, “Golongan Al-Mufarridun akan mendahului.” Sahabat-sahabat bertanya, “Siapakah mereka yang mufarridun itu ya Rasulullah?” Bersabda nabi, “Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”

zikrullah >Zikrullah Merangsang Kekuatan

Apakah yang perlu kita lakukan untuk tergolong dalam golongan ini? Mengikut Imam Mujahid, “Dengan sentiasa mengingati Allah ketika sedang berdiri, duduk dan berbaring.” Kadar zikir yang paling minimum yang perlu kita lakukan ialah melaksanakan solat dengan penuh khusyuk dan rendah hati seperti yang disebutkan oleh Imam Atha, “Sesiapa yang melaksanakan solat yang lima dengan melaksanakan segala hak-haknya, dia tergolong dalam golongan lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.”
Zikrullah yang terbaik ialah yang dilakukan dengan hati dan lidah. Namun jika hendak dipilih di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah pilihan yang lebih baik. Secara dasarnya, zikrullah dengan hati dan lidah dapat dilakukan dalam hampir semua keadaan. Imam Nawawi dalam Al-Azkar berkata, “Telah ijmak ulama tentang keharusan berzikir dengan hati dan lidah bagi semua orang termasuk mereka yang berhadas, yang berjunub, yang haid dan yang mengalami nifas, tidak kira sama ada zikirnya berbentuk tahlil, tahmid, takbir, selawat, doa dan yang seumpamanya, kecuali membaca Al-Quran. Ia diharamkan ke atas mereka yang berjunub, mengalami haid dan nifas. 
Namun mereka masih boleh membaca Al-Quran di hati dan mereka juga boleh melihat mashaf ketika melakukannya. Walau bagaimanapun, kalimat-kalimat dari Al-Quran yang menjadi amalan harian boleh terus disebutkan ketika berjunub, mengalami haid dan nifas, sebagai contoh, basmalah, kalimat syukur, doa-doa Al-Quran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun ketika melafazkannya, mereka yang berkenaan hendaklah berniat bahawa mereka melakukannya untuk berzikir dan berdoa.”
Apabila zikrullah menyinari hati, muraqabah akan hidup dan bergemerlapan dalam diri seseorang. Ia akan menjadikan seseorang itu jujur dan beramanah di mana saja dia berada walaupun ketika itu dia berpeluang untuk mengaut keuntungan secara yang salah tanpa dapat dikesan oleh sesiapa pun.
Pada tahun 1967 profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard, membuat kajian ke atas 36 orang yang bermeditasi. Beliau mendapati mereka menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang juga lebih rendah daripada biasa, dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dalam buku beliau, The Relaxation Response, Dr. Herbert Benson menyatakan meditasi mampu mengawal tekanan dan menjadikan seseorang lebih tenang lagi ceria. Beberapa tahun selepas itu kajian susulan dibuat oleh pakar psikiatri, Dr. Gregg Jacobs, juga dari Fakulti Perubatan Harvard.
Beliau mendapati ketika bermeditasi aktiviti di loba otak bahagian frontal (iaitu bahagian yang berkaitan dengan perancangan, perasaan dan kesedaran) menjadi tidak aktif dan aktiviti di loba parietal (iaitu bahagian yang menerima maklumat dari luar di samping memberi kesedaran tentang masa dan ruang) berkurangan. Ketika itu otak menjadi pasif dan mereka yang bermeditasi berasa seolah-olahnya sedang bersatu dengan alam semesta. Majalah The Times bertarikh 4 Ogos, 2003 melaporkan beberapa kajian menunjukkan meditasi meningkatkan sistem pertahanan badan.

 zikrullah%255B1%255D >Zikrullah Merangsang Kekuatan

Peningkatan ini mampu mencegah seseorang dari pelbagai serangan kuman. Malah salah satu kajian itu menunjukkan sel-sel anti-kanser payu dara meningkat selepas bermeditasi. Penemuan-penemuan ini merangsang ramai orang di Barat, termasuk para intelek dan ahli-ahli korporat, untuk melakukan meditasi dari masa ke semasa. Victor Davich dalam bukunya Eight Minutes That Will Change Your Life mencadangkan agar setiap individu bermeditasi selama 8 minit setiap hari untuk mencapai kesejahteraan dalam hidupnya.
Solat serta zikir dan khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat dan zikir yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat dan zikir yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimat-kalimat zikir yang disebutkan adalah pilihan Allah dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang bakal diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah.

>Siapa yg bertanggungjawab?!

>

aremaja >Siapa yg bertanggungjawab?!
Gambar sekadar hiasan

 Adakah yang bertanggungjawab adalah organisasi-organisasi pembinaan remaja yg terbentuk di setiap daerah? Bukankah pekerjaan mereka hanya bersukan, bola, dan mendorong orang berpecah-belah; sebahagian di kelompok ini dan sebahagian lagi di kelompok yang lain?
Siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang bertanggungjawab?
Harus diakui, semua perlu bertanggungjawab.
Para remaja kehilangan pengarahan yang baik. Bagaimana mungkin mereka akan mendapatkan pengarahan yang baik kalau di depan mereka terbentang pelbagai media?
Remaja memerlukan suatu teladan. Apakah mereka mendapatkan teladan itu di rumah? Apakah mereka mendapatkannya di sekolah? Apakah mereka mendapatkannya di tengah masyarakat? 
Ternyata sayang sekali, teladan yang diperlukan mereka terlalu jarang ada sekarang.
Tidak ramai ayah yang mampu menjadi teladan bagi anak-anaknya. Terlalu jarang guru yang menjadi qudwah bagi murid-muridnya. Jiwa teladan ini sudah benar-benar asing.
Pengajaran ilmu syariat telah di program dengan sangat baik di sekolah, juga di tempat lain. Tetapi pendidikan bukan sekadar program, bukan juga sebatas buku dan materi yang perlu dihafal dan ditanya dalam ujian. Pendidikan jauh lebih besar dari itu. Pendidikan memerlukan teladan yang boleh mentransfernya kepada murid.
Untuk itu kita juga perlukan lingkungan hidup yang kondusif, iaitu lingkungan yang baik, yang dapat membantu tumbuh kembang remaja dengan baik.
Untuk menciptakan lingkungan yang baik di pelbagai penjuru dunia, kita semua harus melakukan sesuatu. Dengan begitu, para remaja akan hidup secara Islami.

Terlalu sayang sekali kita terlalu banyak meniru barat. Antara kita ada yang menginginkan kehidupan seperti di barat. Apakah slogan kita seperti slogan barat? Apakah akidah kita seperti masyarakat barat? Apakah nilai-nilah yang ada di barat seperti nilai-nilai yang kita miliki? Apakah tradisi mereka serupa dengan tradisi kita?

Tidak! Sekali lagi, tidak! Barat dan Timur dua hal yg berbeza. Kerana itu, kita tidak boleh membabi buta meniru barat. Kita perlu tahu; siapa kita? Di bumi mana kita berpijak?

>WANITA DALAM PERJUANGAN ISLAM: BERSEMANGAT DAN BERISTIQAMAH

>

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan.

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)”

Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.

Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun.

26736909042220l >WANITA DALAM PERJUANGAN ISLAM: BERSEMANGAT DAN BERISTIQAMAH
Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan.

Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.

Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.

Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.

Urusan mewujudkan rumahtangga muslim dan mendidik generasi Islam yang beriman, berakhlak mulia serta bersemangat jihad merupakan tugas utama wanita. Bagaimanapun tidak bermakna mereka tidak boleh memperjuangkan Islam dengan cara lain bila keadaan memerlukan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.

Begitulah semangat perjuangan yang mereka tunjukkan, mereka pertahankan agama Allah dengan nyawa dan bukan sekadar seorang suami, bapa, anak-anak atau saudara sedarah sedaging.

Sekiranya sekarang kita dapat mewujudkan muslimah-muslimah sebegini, Insya-Allah satu generasi pejuang Islam yang tidak gentar menghadapi musuh dapat dibentuk.

Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?

Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah; memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.

31064 119428211426896 100000791522377 98890 874254 n >WANITA DALAM PERJUANGAN ISLAM: BERSEMANGAT DAN BERISTIQAMAH
Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Tidak timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah negara Islam. Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong keatas sebagaian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

Di dalam negara yang majoriti undinya adalah di tangan wanita, para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka perlu menyakinkan golongan yang masih tidak menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.

Untuk menjalankan usaha ini, para Muslimat hendaklah membuat persediaan awal. Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah. Kerana tanpa ilmu dan hikmah, bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.

Selain itu juga, muslimah-muslimah yang terbabit dalam memperjuangkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam, aktif semasa bujang, tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.

Alangkah ruginya jamaah sekiranya ramai muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti atas alasan sudah berkahwin. Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

Sebagai muslimah-muslimah yang yang memilih untuk memperjuangkan Islam melalui jamaah maka kita perlu mengetahui dengan mendalam mengenai apa yang dikehendaki oleh jamaah. Kita hendaklah beriltizam di tempat bertugas dan setiap suasana hidupnya hendaklah diselaraskan dengan kebaikan dan kepentingan amal dakwah. Setiap amalnya harus menjadi alat dakwah dan usaha atau aktiviti dakwahnya tidak sepatutnya dilemahkan oleh sesuatu perkara lain.

Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:

“…Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”

Firman Allah lagi di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

“…Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…”

Selain daripada itu, para muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman, sabar, istiqamah dalam menjalankan amal dan berani. Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia, suami atau orang lain, tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Golongan Allah itulah yang pasti Menang”

Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama ahli-ahli keluarga; iaitu suami dan anak-anak. Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar, khususnya di kalangan wanita sendiri.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang beriman, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam kereta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”

>ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?

>

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan
1) JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia
2) PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Suhu bumi akan meningkat
3) KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya.
4) PULAU HABA BANDAR
Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia.
5) HUJAN ASID
Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang
6) KEMARAU
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
 >ISU PEMANASAN GLOBAL – APAKAH PUNCA DAN KESANNYA?
Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global
Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.
Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi.. Hargailah pemberian Allah yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi. Jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Mudah-mudahan selepas membaca artikel ini akan dapat menyedarkan kita betapa pentingnya bumi ini kepada manusia dan makhluk Allah yang lain….

>PEPERANGAN YANG BERLAKU DIDUNIA BANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN

>Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu berlaku. Apabila berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain di pemikiran manusia secara automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkandua pihak dengan tujuan menghapuskan lawan.

Senario itu mungkin terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang akan berlaku sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan orang ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh musuh masing-masing? Sebenarnya,yang disebutkan di atas itumerupakan definisi jelas bagi“peperangan” atau dalam bahasa Inggerisnya, “war”. Peperangan bukan lagisesuatu yang asing bagi kita . Setiap masa, peperangan berlaku di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang disenaraikanoleh para pengkaji sejarahialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangansudah menjadikebiasaan dalamtamadun kita keranaini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Peperangan, tidak kira skalanya, mesti akan melibatkan nyawa yang terkorban. Berdasarkan laporan media, kita mendengar beratus-ratus nyawa melayang begitu sahaja. Itu hanya khabar tentang kematian orang awam, apakah yang terjadi kepada askar-askar yang berjuang untuk negara masing-masing? Angka sebenarnya tidak kurang dahsyat berbanding orang awam. Sebagai contoh,pembunuhan besar-besaran di Nanjing semasa Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati terkena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar Jepun. Dalam kalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-kanak yang menjadi magsa peperangan. Kanak-kanak ini ada yang mati, cacat, dan ada yang trauma seumur hidup mereka. Peperangan sememangnya memberi impak negatif yang besar terhadap golongan ini yang digelar masa depan bangsa sehingga ada yang kecacatan moral akibat desakan masyarakat dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang mati dalam peperangan. Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam mahupun harta benda persendirian.

 2009 1 9 3815 8603815 >PEPERANGAN YANG BERLAKU DIDUNIA BANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN

Banyak harta benda seperti bangunan, jalan, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh. Selain itu, harta benda seperti ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak munasabah. Harta benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi yang meningkat. Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi perompak, pencuri, pelacur dandan terlibat dalam pelbagai kebobrokan sosialsemata-mata untuk mencari rezeki hidup.

Di Malaysia semasa tahun 1941 hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadai maruah mereka kepada askar-askar Jepun semata-mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang dapat dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut ! Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamadun- tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat peperangan.

Segala baik dan buruk yang terbina semasa tamadun tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya menyebabkan manusia hari ini kehilangan banyak khazanah yang agung, seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa.

 hamas31 >PEPERANGAN YANG BERLAKU DIDUNIA BANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN

Mengapakah manusia boleh berbuat apa-apa sahaja untuk menghalangkepupusan spesies haiwan tetapi tidak terhadap kepupusan sesuatu bangsa? Walaupun begitu, peperangan juga telah membawa satu kebaikan kepada kita, iaitu kemajuan teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi, alat perang seperti kereta kebal, jet pejuang, kapal terbang, dan sistem komunikasi yang lebih baik telah dicipta akibat desakan peperangan. Teknologi ini tidak semestinya membawa kemusnahan kepada manusia, tetapi dapat juga membantu kita. Sebagai contohnya, teknologi nuklear merupakan teknologi penting dan sistem penjana kuasa elektrik.

Kod Morse yang merupakan sistem telegraf semasa Perang Dunia Kedua banyak membantu menyelamatkan dunia kerana hal ini menyukarkan pihak Pakatan Paksi untuk mentafsir informasi tentera Bersekutu. Selain itu, tanpa terciptanya teknologi perang, nyawa seseorang askar mungkin hanya akan melayang begitu sahaja. Dengan itu, sumbangan peperangan juga amat besar kepada kita. Persoalannya, adakah peperangan sesuatu perkara yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang dibawa melebihi apa-apa yang disumbang, maka peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang bodoh dan kejam.

 2 >PEPERANGAN YANG BERLAKU DIDUNIA BANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN

Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan nenek moyang kita yang tidak munasabah.Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apa- apa yang masih kita ada pada hari ini dan belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita.