8 Cara Untuk Akrab Dengan Rakan Sekerja


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

jika hubungan dengan rakan sekerja itu baik, maka eloklah juga mood kerja anda.

Namun, jika sebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja.
1. SALING BERTEGUR SAPA.
+ Jika susah sangat, memadailah dengan senyuman ikhlas atau ucapan salam.

2. MENGINGATI NAMA RAKAN SEKERJA.
+ rajin-rajinkan menyebut nama mereka setiap kali bersua muka walaupun hanya
dengan nama gelaran.

3. ELAK BERPRASANGKA BURUK.
+ jadi jangan sama sekali melabelkan apatah lagi menghukum seseorang
+ kenali individu tersebut, mungkin chemistry wujud.

4. RAJIN MENGHULURKAN BANTUAN.
+ itu terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan diri.

5. SALING BERTUKAR PENDAPAT.
+ bekerjasama dapat mengeratkan hubungan… “apa yang penting? Kerjasama”… (wonderpet)…

DSC 1478 300x199 8 Cara Untuk Akrab Dengan Rakan Sekerja

6. MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH BERSAMA.
+ paling tidak pun, anda boleh menghadiri majlis yang dianjurkan oleh rakan sekerja contohnya kenduri.

7. ELAK TUNJUK PANDAI BERLEBIHAN.
+ mungkin berbeza pendapat, tapi amalkan give and take.

8. SALING BERGURAU SENDA.
+ tonjolkannya secara semulajadi jika anda memiliki sifat itu. Namun, USAH KETERLALUANterutamanya orang yang baru anda
SEHINGGA MENYENTUH SENSITIVITI SESEORANG, kenali. Dalam masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri. Mungkin anda seorang yang tidak kreatif untuk bergurau, namun pasti akan ada yang masih boleh ketawa. Itu sudah cukup untuk satu permulaan yang baik.

bergurau senda mempunyai elemen magis dalam merapatkan hubungan sesama manusia. Jadi, bagi yang sudah mengenali, elakkan daripada menunjuk pandai di awal perkenalan.bersosial bersama rakan sekerja di luar waktu pejabat adalah cara paling efektif. tanya pendapat mereka, pasti berlainan juga mungkin mampu meningkatkan lagi prestasi kerja.menghulurkan bantuan adalah perkara yang sangat baik, bagaimanapun jenis bantuan setiap rakan mempunyai ragamnya tersendiri, kita belum benar-benar mengenalinya.

Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Pada petang ini, ingin saya kongsikan tentang pengorbanan di dalam bercinta. Rami sedia maklum, sekiranya kita dilamun cinta kita sanggup bekorban apa saja demi insan yang kita cinta. Islam sendiri menggalakan kita berkorban kerana cintakan agama. Namun jauh beberza dengan konsep pengorbanan yang ada dalam percintaan sesama manusia.

Mari kita pelajari apakah yang dikatakan pengorbanan yang dituntut dalam islam dalam menegakkan Syiar Islam di muka bumi ini. Ketahuilah bahawa Cinta Allah itu mengatasi cinta makhluk. Dan pengorbanan cinta yang seharusnya kita lakukan hanya kerana cinta kepada Allah.

a3d815a5 6106786 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..

Bulan Zulhijjah ialah antara bulan Islam yang banyak merakamkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam. Peristiwa terpenting yang berlaku, di antaranya seperti ibadah haji dan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya demi ketaatan baginda kepada perintah Allah s.w.t. Rentetan daripada peristiwa itu, amalan ibadah korban telah menjadi sebahagian daripada syariat Allah s.w.t. yang dituntut terhadap umat Islam untuk melaksanakannya. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi syariat tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?” Jawab Rasulullah: “Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.” Mereka berkata: “Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Untuk sama-sama kita memahami falsafah pengorbanan besar di sebalik kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu, Allah s.w.t. merakamkannya di dalam al-Quran ayat 99-112 surah as-Shaffat yang bermaksud: Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku….. Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang termasuk orang-orang yang soleh.

Di sebalik kisah yang dirakamkan itu, terdapat dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama. Pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala. Kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan. Sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah s.w.t. dan perintah seorang ayah. Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah s.w.t. yang tidak berbelah bahagi.

Dalam kes di atas, logik naluri kita akan bertanya, mengapa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup mengorbankan cinta dan kasih sayang mereka demi perintah Allah Taala? Bukankah Nabi Ibrahim sudah lama mengidamkan seorang anak? Mengapa setelah dikurniakan anak, diperintahkan pula supaya menyembelihnya? Dalam keadaan itu, tentu baginda berdua boleh berdalih dengan pelbagai alasan. Tetapi mereka tidak berbuat begitu, kerana cinta mereka kepada Allah s.w.t. mengatasi cinta kepada makhluk. Tetapi persoalannya, sejauh manakah kita dapat memahami falsafah korban seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu? Bolehkah tahap pengorbanan umat Islam hari ini setinggi itu? Sanggupkah seorang Muslim itu menerima takdir dengan pasrah seperti kematian atau kehilangan orang yang disayanginya? Atau adakah kita lebih banyak mempertikaikan takdir yang telah Allah Taala aturkan? Mungkinkah ada lagi pada zaman serba canggih ini, remaja sehebat Nabi Ismail yang sanggup berkorban nyawa, kasih dan keseronokan zaman remajanya demi ketaatan dan kecintaan kepada Allah Taala?

401071821 bf0681f296 300x203 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..

Sesungguhnya seandainya seorang Muslim itu apabila mereka mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang bermaksud: Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah s.w.t. iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: “Sesungguhnya aku takutkan Allah”, lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian. (Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, Islam menjelaskan bahawa cinta seseorang hamba kepada Allah s.w.t. itu haruslah berlandaskan kepada ittiba’ (ikutan) dan ketaatan sebagai bukti kecintaan mereka kepada Allah s.w.t. seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam cerita tersebut. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran:31)

bunuh diri1 300x300 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..

Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah Taala merupakan sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah Taala dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka untuk Tuhannya tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa meletakkan cinta Allah pada tempatnya adalah satu kedudukan cinta yang tinggi yang hanya akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah Taala. Menurut Imam al-Ghazali bahawa ma’rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta sebab, cinta tanpa ma’rifah tidak mungkin berlaku. Ini kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya sahaja. Pepatah Melayu ada menyebut, `Tak kenal maka tak cinta’. Ia seolah-olah membenarkan pendapat Imam Ghazali tersebut.

Dalam kisah tersebut, demi membuktikan cinta mereka adalah benar, lalu Allah s.w.t. menguji mereka dengan bentuk ujian yang sukar diterima oleh akal manusia biasa. Oleh itu, benarlah bahawa cinta yang tulus ikhlas itu memerlukan pengorbanan yang mesti ditempuh melalui sesuatu ujian dan dugaan terlebih dahulu. Apakah bukti cinta mereka? Tidak lain dan tidak bukan mereka telah mengorbankan cinta mereka yang sementara kepada cinta yang kekal abadi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta. (Al-Ankabut: 3)

Oleh itu, Muslim yang benar-benar kenal akan Allah Taala sanggup menggadaikan harta dan wang ringgit. Mereka juga sanggup mengorbankan kasih mereka terhadap anak-anak dan keluarga sendiri, malah nyawa sekalipun semata-mata kerana mendahului cinta Allah s.w.t. Apabila cinta Allah Taala sudah memenuhi hatinya, maka barulah datang cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Itulah kedudukan cinta yang betul yang menerbitkan kemanisan iman yang tiada taranya. Malangnya umat Islam hari ini tidak memahami konsep `al-Aulawiyat’ ini. Mereka dengan mudah terjerumus dengan cinta makhluk-Nya sehingga sanggup dikongkong oleh nafsu tamak, rakus, bakhil dan mengutamakan keuntungan dunia tanpa had dosa atau pahala. Akhirnya kebinasaan dan kerugian yang terpaksa diratapi dan disesali apabila jasad mereka menjadi bahan makanan kepada cacing dan ulat di dalam tanah. Di dalam al-Quran Allah s.w.t. memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. (At-Taubah: 24)

Hal ini kerana cinta yang hakiki bukan diukur berdasarkan pandangan mata makhluk atau kerana tuntutan hawa nafsu semata, tetapi lebih mengikut pandangan Allah Taala yang dialirkan ke dalam hati setiap makhluk-Nya. Malah semua anugerah Allah Taala kepada manusia seperti nikmat kebaikan, kemewahan, hidup dan mati semuanya adalah rahmat dan kasihan belas-Nya pada kita yang kadang-kadang gagal difahami falsafah sebenar di sebalik pemberian tersebut. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita melalui sabdanya yang bermaksud: Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan dan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi s.a.w. menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati. (Riwayat Abu Daud)

Justeru itu Islam telah menyusun dan mengatur tatacara berkorban dengan kemas dan sempurna supaya kita memahami pengajaran di sebalik peristiwa agung tersebut. Falsafah daripada pensyariatan ibadat ini nanti akan mengekalkan ingatan kita kepada lambang cinta agung Nabi Ibrahim yang mengorbankan puteranya Nabi Ismail demi cinta dan taqarrub mereka kepada Allah s.w.t. Firman-Nya yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah : 186)

Bila hatiku merintih soal cinta


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Cinta itu satu anugerahNya
Cinta itu juga ada padaNya
Cinta itu juga sentiasa milikNya
Bagaimana untukku mendapatkan cintaNya

bagaimana pula cinta sesama insan
wajarkah aku menepis kesemua cinta insan yang hadir
bagaimana harus kupilih yang mana satu cinta insan
yang perlu aku terima..

memang payah persoalan mengenai cinta…

rasa ini..
Semakin kuat aku hindari
Semakin kuat ia menghampiri

Ya Hanan..
Pimpinlah setiap rasa ini agar tidak lari dari batas murkaMu
Janganlah sesekali kerana rasa ini. Aku alpa akan cintaMu
Pimpinlah rasa ini Ya Rahman
Agar aku masih terus menerus menagih rinduMu

rasa ini
Aku harap ia tidak mengundang retak
Ke atas ketulusan cintaku kepadaMu
Ya Al-Karim…
Adakah dengan hadirnya rasa ini Kau masih merenungku
Dalam setiap sujudku
Adakah kau masih memandangku dengan pandangan rahmatMu
Adakah…adakah Kau masih mahu menyayangiku

Ah…mengapa aku meragui kasih dan cintaMu
Sewajarnya aku yakin akan semua itu
Kerana Dikau Ar-Rahman..Ar-Rahim..Al-Ghaffur..
Semua janjimu ada dalam kitab itu..
Kitab suci yang sentiasa menghubungkanMu
dengan insan-insan mukmin pilihanMU..
Aku terlupa lagi…astaghfirullahalazim..
Adakah kerana rasa ini yang membuatkan aku begini???
Bersalahkah rasa ini menghantuiku…
Payah untukku menjawab….bingung…

Ya Al-Wahhab…
Tiada dayaku untuk menolak rasa ini
Tanpa nusrahMu dan redhaMu
Namun andai rasa sayang sesama insan ini
Adalah terbaik untukku dan agamaMu
Aku pasrah dan berserah kepadaMu
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untukku…

Cuma satu pintaku Ya Muhaimin…
Jangan sesekali kau biarkan aku lalai dan alpa dengan cinta hambaMu
Janganlah sesekali kau biarkan aku menentukan sendiri haluan hidupku
Aku masih dan akan tetap terus memerlukan pimpinanMu
Bantulah aku Ya Al-Wafi…jangan dibiarkan aku tanpa pimpinanMu
Pimpinlah aku dalam setiap gerak rentakku
Agar sentiasa di bawah redhaMu….

Ya Al – Latif…Ya Al-Kafi…
Aku pohon kepadaMu dengan sebenar-benar permohonan
Tingkatkanlah kecintaan aku dan dia terhadapMu
Dalam setiap detikan rindu antara kami…
Eratkanlah tautan hati kami bersama-sama dengan rahmat dan kasih sayangMu

Ya Al-Hafiz…
Aku mohon kepadaMu…
Tanpa sebarang kalam dan ungkapan bicara
Hadirkanlah rasa cinta ini…rindu ini..terus ke hatinya
Hadirkanlah rasa itu ke hatinya seandainya disitu ada redhaMu
Jadikanlah rasa itu satu penyuntik semangat perjuangannya di jalanMu
Pendorong untuknya lebih menyintaiMu

Cukuplah sekadar bicara sufi menjadi cara hubungan kami
Cukuplah mengadapMu setiap malam hari menjadi pertemuan bersama kami
Untuk ketika ini…
Ketika sebarang lafaz sah belum mengikat kami…
Sekali lagi Ya Ar-Rahman..
Hadirkanlah rasa ini terus ke hatinya
Jika di situ ada redhaMu..
Seandainya sebaliknya….
Pimpinlah daku agar rasa cinta,kasih sayang dan rindu ini
Tidak mengundang murkaMU
Pimpinlah kami agar ikatan ini terus mendapat redha dan pimpinanMu..

Dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah…

ha1 300x220 Bila hatiku merintih soal cinta

Bersabar Dalam Memilih Jodoh


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Alam perkahwinan sekiranya tidak dirancang dengan betul akan menimbulkan pelbagai bentuk kesukaran dan masalah. Jangan tergesa-gesa menerima atau memilih pasangan hidup semata-mata kerana tekanan daripada persekitaran. Berkahwin biar bersebab dan sebabnya sudah semestinya kerana agama.

Perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agama. Justeru, kita harus memilih individu yang betul untuk melengkapkan agama kita. Jika tergesa-gesa, mungkin tersalah pilih. Apabila tersalah pilih, bukan sahaja agama tidak dapat dilengkapi, malah mungkin menambah kesukaran di dalam beragama.

Sebelum berkahwin, kita mungkin mengidamkan seorang suami yang boleh mengimami solat berjemaah. Suami yang beragama, yang soleh, yang boleh membimbing. Oleh kerana tergesa-gesa berkahwin tanpa selidik, ditambah pula diri sendiri selama ini tidak mahu mendalami dan mengenali ilmu-ilmu agama … akhirnya “terkahwin” dengan seorang pengikut “Ayah Pin”

Di dalam Surah Al-Anbiya ayat 37, Allah berfirman, “Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya.” Lalu tidak hairanlah ada di antara kita yang tidak menyedarai hakikat ini, terlupa mengawal diri di dalam banyak keadaan. Menjadikan emosi, fikiran, hati mengawal keadaan. Sentiasa tergopoh-gapah dan terburu-buru walaupun di luarnya wajah “kononnya” nampak tenang.

perubahan mendidik diri menjadi suami idaman 300x229 Bersabar Dalam Memilih Jodoh

Di dalam sebuah riwayat sahih oleh Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. memuji seorang ketua kabilah dari suku Abdul Qais, “sesungguhnya di dalam dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah, iaitu sifat santun dan tenang.”[1] Di dalam riwayat lain dinyatakan, “bertindak dengan perlahan-lahan adalah daripada Allah dan terburu-buru itu adalah daripada syaitan.”[2]

Mungkin, sebelum kita tergesa-gesa membuat keputusan, kita boleh menangkan fikiran dengan mengkaji semula tanggungjawab-tanggungjawab selepas berkahwin.

Saya petik sebuah riwayat daripada kitab Muhimmah Fi Ilmi Hadith, dikeluarkan oleh Al-Hakim. Diceritakan seorang wanita berjumpa dengan nabi s.a.w. dan menyatakan beliau telah dipinang. Lalu beliau ingin tahu tanggunjawab beliau sebagai isteri setelah berkahwin kelak.

Maka bersabda nabi s.a.w., “Jikalau mengalir dari dua lubang hidungnya darah atau nanah, lalu dijilat oleh seorang isteri belum lagi mendatangkan akan haq suaminya dan jikalau patut bagi seorang manusia sujud kepada seorang manusia, nescaya aku suruh akan isteri sujud kepada suaminya”

Maka berkata wanita yang bertanya itu, “Demi tuhan yang membangkitkan akan dikau dengan sebenarnya menjadi nabi, tiadalah aku bersuami selagi kekal di dalam dunia ini.”[3]

Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. menjadi khalifah, telah datang seorang lelaki kepada Umar Al-Khattab r.a. dan mengadu bahawa anaknya telah derhaka kepadanya. Si anak lalu dipanggil oleh Umar Al-Khattab r.a. seraya disuruh jangan menderhaka dan mentaati ayahnya. Tiba-tiba si anak bertanya kepada Umar r.a., “apakah seorang anak tidak mempunyai hak-hak ke atas anaknya?” Maksud pertanyaan ini adalah, “apakah tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya?”

Lalu Umar Al-Khattab menerangkan tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya, iaitu, “memilih ibu yang baik, memberi nama yang baik dan mengajar membaca Al-Quran.”

Si anak kemudian menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, sessungguhnya bapa saya tidak membuat ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya seorang hamba abdi dari Afrika dan bekas isteri seorang Majusi, nama saya ialah Khufasa’ (lipas) dan dia tidak pernah mengajar satu huruf pun daripada Al-Quran.” [4]

Mungkin, apabila memikirkan riwayat-riwayat di atas, kita akan lebih berhati-hati di dalam mencari pasangan hidup dan tidak tergesa-gesa. Atau mungkin kita akan lebih menghabiskan masa kita mendalami ilmu-ilmu agama supaya tidak gagal di dalam menjalankan tanggungjawab apabila si dia muncul nanti …

Wallahu’alam.

Konflik rumahtangga dan kaedah mengatasinya


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

1) PENDAHULUAN
.
Setiap individu yang berkahwin mengimpikan satu kehidupan yang bahagia kerana rumahtangga yang bahagia menjadikan penghuni-penghuninya dapat hidup dalam suasana tenang, harmoni dan selesa. Setiap anggota keluarganya saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan menjalankan aktiviti-aktiviti rumahtangga dengan penuh kerelaan. Perjalanan hidup sebuah keluarga bahagia didasarkan di atas prinsip saling menjaga dan mengambil berat di antara satu sama lain, sentiasa memberi sokongan semasa menghadapi konflik dan penyelesaian permasalahan.

Selain daripada itu, setiap suami isteri dapat meningkatkan lagi potensi diri dan membina hubungan erat dengan orang lain. Di dalam menjalani kehidupan, mereka sentiasa sensitive dengan perubahan serta berupaya menyesuaikan dirinya.

Kebahagiaan hidup sebuah keluarga banyak bergantung kepada persefahaman di dalam menjalinkan perhubungan suami isteri. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan melahirkan ketegangan dan konflik. Oleh itu tidak mustahil jika dikatakan bahawa krisis adalah suatu perkara lumrah di dalam sebuah rumahtangga walau bagaimana harmoni kehidupan rumahtangga tersebut. Keadaan ini hanya boleh dapat diatasi dengan kebijaksanaan suami dan sokongan daripada isteri yang pengasih.

2) PENGERTIAN KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Merupakan satu keadaan di mana kehidupan suami isteri sentiasa berada di dalam suasana yang tidak harmoni dan berkonflik. Suami isteri saling benci membenci di antara satu sama lain.
Krisis rumahtangga boleh di dapati di dalam keadaan-keadaan :
.
1. Jelas / Ketara : iaitu suami isteri mudah bertengkar, saling tuduh menuduh, maki hamun dan cepat bercekalan sebaik-baik sahaja dan sesuatu yang tidak kena.
.
2. Tidak jelas : di mana perselisihan suami isteri tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mereka kelihatan rukun dan damai tetapi sebenarnya kehidupan mereka hambar tidak mesra dan perhubungan yang renggang. Keadaan rumahtangga yang sedemikian selalunya memberi kesan yang mendalam terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak.
.
3) TAHAP-TAHAP KONFLIK DALAM RUMAHTANGGA
.
Krisis dalam rumahtangga selalunya mengambil masa yang panjang untuk sampai kepada kemuncaknya. Dalam jangka masa yang sama ini dapat dilihat tahap demi tahap berlaku dan suasana menjadi semakin genting jika salah satu pihak / keduanya tidak mengambil sesuatu inisiatif untuk membendungnya. Di antara tahap-tahap atau petanda berlaku krisis di dalam rumahtangga ialah ;
.
i. Penurunan tahap aktiviti :
Selalu suami atau isteri tidak lagi seaktif biasa, kerja-kerja atau tanggungjawabnya tidak dilaksanakan dengan sempurna, suka termenung dan berfikir.
.
ii. Tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan semua ahli keluarga
Suami isteri tidak boleh saling menghormati di antara satu sama lain.
Selalunya mereka akan menghadkan masa untuk berinteraksi seminima yang boleh ataupun hanya sekadar perlu sahaja. Nada suara akan turut berubah, kian menurun atau kerap gunakan bahasa yang kasar dan kesat. Di samping suka menggunakan kata-kata sindiran ataupun perli.
.
iii. Seringkali menunjukkan tingkahlaku permusuhan terhadap pasangannya
Suami atau isteri saling tuduh menuduh bahawa pasangannya adalah sumber kebosanan atau penderitaan yang dialaminya dan pasangannya juga yang sering menjadi sasaran kemarahan serta suka menentang apa-apa cadangan atau tindakan pasangan.
.
iv. Kurang keupayaan mengawal emosi sendiri
Di dalam keadaan ini kerap terjadi ketegangan emosi, suka menengking ahli keluarga dan selalu menimbulkan ketegangan dalam perhubungan keluarga.
.
v. Selalu mengasingkan diri
Pada tahap ini suami atau isteri suka mengasingkan diri (boikot). Di antara mereka berdua tidak lagi bertegur sapa dan segala keperluan diuruskan melalui perantaraan ataupun secara ‘message’ (nota). Mereka selalunya akan tidur berasingan dan kedua-dua pihak dan hakikatnya sudah tidak menjalankan fungsi dan tugas masing-masing walaupun masih tinggal di dalam satu rumah.
.
vi. Kerap bertengkar
Pertengkaran yang sengit kerap terjadi. Mereka akan bergaduh asal saja bersua muka. Suami isteri sering mencari-cari punca kemarahan pasangan dan segala ketidakpuasan hati diluahkan di samping kata-kata ungkitan. Kadangkala bila kemarahan memuncak akan libatkan masalah keluarga, keturunan dan sebagainya.
.
vii. Mengambil tindakan yang nekad.
Apabila pergaduhan suami isteri berlaku, kerap kali juga mereka mengambil sesuatu tindakan yang agresif seperti menggunakan kekerasan fizikal terhadap pasangan. Selain daripada itu ada di antara suami isteri yang ambil tindakan keluar rumah atau buat hubungan sulit di luar rumah. Di dalam setengah-setengah keadaan, kedapatan pasangan suami isteri yang berusaha mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak lain bagi memperkuatkan (backing) tindakan seperti sokongan ibubapa, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya.
.
v. Pengaduan
Apabila sesuatu isu yang terjadi di dalam rumahtangga berpanjangan tidak diselesaikan, pihak suami / isteri akan membuat pengaduan kepada pihak-pihak tertentu seperti imam, ketua kampung ataupun ke pejabat agama untuk diambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan.
.
ix. Tuntutan cerai
Kemuncak kepada krisis di antara suami isteri ialah masing-masing akan mengemukakan tuntutan perceraian melalui pejabat Kadi / Mahkamah.
.
4) KATEGORI KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh berlaku sama ada berpunca daripada pihak suami atau pihak isteri. Oleh itu, kedua-dua pihak yang memainkan peranan dalam mewujudkan sebuah rumahtangga bahagia ataupun menjadikan rumahtangga mereka porak poranda.
.
1. Krisis yang disebabkan oleh isteri berlaku apabila isteri enggan memenuhi kehendak suami, sering marah, benci serta tidak taat kepada suami. Isteri juga meninggalkan tugas dan kewajipannya serta meninggikan diri serta berlaku curang terhadap suami. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan isteri bertindak sedemikian, termasuk faktor pada diri isteri sendiri, suami dan factor-faktor luaran.
a. Faktor diri isteri sendiri meliputi kecantikan diri, kedudukan dan pendidikan.
b. Suami memberi pengaruh yang kuat kepada seorang isteri. Ia meliputi cara pergualan, akhlak dan juga perlaksanaan tanggungjawab. Seringkali hal ini menjadi factor penggerak kepada isteri untuk berfungsi dengan baik di dalam sebuah rumahtangga.
c. Pengaruh luar meliputi rakan atau jiran, media massa dan juga keluarga (mertua, ipar dan sebagainya).
2. Konflik rumahtangga yang berpunca daripada pihak suami terjadi apabila seorang suami bersikap keras, isteri tidak bergaul dengan baik, tidak menjalankan kewajipan terhadap isteri, buat hubungan dengan perempuan lain dan sebagainya.
Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi ialah faktor diri dan faktor luaran:-
a. Faktor kepada diri suami sendiri ialah kedudukan, pendidikan dan juga pembawaan diri.
b. Faktor luaran meliputi pergaulan, persekitaran dan keluarga.
10 Kes 2 300x212 Konflik rumahtangga dan kaedah mengatasinya
5) PUNCA-PUNCA KONFLIK RUMAHTANGGA
Krisis rumahtangga boleh berlaku disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Bagaimanapun ia boleh disimpulkan kepada tiga faktor utama yang membuatkan kegagalan suami isteri untuk bersefahaman dan seterusnya mengakibatkan krisis di dalam rumahtangga.
.
1. Komunikasi
Kegagalan pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan berkesan selalunya akan membawa implikasi yang buruk terhadap sesebuah rumahtangga. Komunikasi agresif seringkali terjadi di dalam hubungan suami isteri. Di mana suami isteri memaksa pasangannya menerima sesuatu pendapat. Hal ini kerap menimbulkan reaksi pertelingkahan. Bagaimanapun teknik inilah yang kerap digunakan oleh suami isteri di dalam menyampaikan hasratnya.
Di antara teknik agresif ialah :
a. Paksaan : Memaksa pasangan menerima apa yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang keras, ugutan dan sebagainya.
b. Menyakinkan : Dengan cara pujuk rayu, berjanji dan sumpah, tujuannya untuk menyakinkan pasangan bahawa untuk kebaikan bersama.
c. Penilaian : Memberi penilaian kepada sesuatu perkara dengan cara merendah-rendahkan pasangan.
d. Melindungi : Tidak menyatakan sesuatu dengan sebenarnya.
e. Menangguhkan : Melengah-lengahkan sesuatu harapan atau permintaan dengan tujuan supaya dilupakan atau sebagai satu dalihan untuk menolak.
f. Menyalahkan orang lain : Berlaku bila seseorang rasa marah dan tidak diketahui sebabnya. Oleh itu, ia mula mencari sasaran untuk melepaskan kemarahan.
2. Tanggungjawab
Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna.
Tanggungjawab di dalam rumahtangga meliputi :-
a. Nafkah : Suami tidak disediakan nafkah yang mencukupi kepada anak dan isteri.
b. Tempat tinggal : Tidak menyediakan tempat tinggal yang selesa dan kadang kala tidak menjelaskan sewa dan sebagainya.
c. Kebajikan : Termasuk soal perhatian, kesihatan perubatan, layanan persekolahan anak-anak dan pendidikan kerohanian.
d. Keselamatan : Perlindungan dari segala ancaman luaran dan dalaman.
e. Kasih sayang : Kasih sayang di antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan.
3. Seksual
Seksual di dalam sesebuah perkahwinan merupakan suatu tuntutan biokologikal. Ia juga merupakan terjemahan kepada perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri. Oleh itu, hubungan seksual adalah keperluan yang mesti dipatuhi dengan penuh kerelaan di antara suami dan isteri. Kerapkali berlaku krisis rumahtangga bila suami / isteri mengalami masalah seksual seperti :
a. Rendah nafsu atau perbezaan keinginan di antara suami isteri disebabkan oleh penyakit atau kejemuan.
b. Nafsu yang tinggi.
c. Penghindaran seks. Suami isteri sering kali menolak atau mencari helah untuk tidak membuat hubungan seks.
d. Enggan melakukan seks dengan pasangan tetapi dalam masa yang sama berkeinginan untuk melakukannya dengan orang lain.
e. Tidak ada tindakbalas / dingin.
f. Tidak sampai ke kemuncak
g. Keuzuran
h. Ketakutan
i. Takut mengandung
j. Sakit semasa atau selepas melakukan seks.
.
.
6) CARA-CARA MENGATASI KONFLIK RUMAHTANGGA
.
Di dalam sebuah perkahwinan, suami adalah ketua dan pemimpin ke atas semua ahli keluarganya. Hal ini telah disebut dengan jelas oleh Allah SWT di dalam firmannya, yang bermaksud :
“Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya.”
(Surah An- Nisa : 4)
.
Sesuai dengan tanggungjawab dan penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada suami maka beliau berkewajipan untuk mencari jalan bagi mengatasi persoalan-persoalan yang timbul di dalam rumahtangganya, termasuklah bila berlaku krisis dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

usrati fi mustaqbal..1 297x300 Konflik rumahtangga dan kaedah mengatasinya

.Di antara tindakan-tindakan yang patut dilakukan oleh suami ialah :
a. Suami hendaklah sentiasa sensitif dengan setiap kejadian di dalam rumahtangga.
b. Suami mesti mengkaji dengan teliti sebab-sebab punca insiden.
c. Sebab-sebab kejadian.
Setelah tindakan tersebut dilakukan dan ternyata ia berpunca daripada pihak suami sendiri maka suami mesti mengakui kesilapannya sendiri, buat perubahan tingkah laku. Selain daripada itu suami mesti melaksanakan ssegala tanggungjawab dengan sempurna dan membentuk kepimpinan pada diri suami sendiri. Di samping segala usaha dilakukan suami mesti berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Bagaimanapun jika suami mendapati punca masalah adalah daripada faktor luaran suami mesti melakukan tindakan-tindakan berikut :
1. 1. Menasihati isteri supaya hentikan perbuatan.
2. 2. Suami patut ubah keadaan dalam rumahtangga.
3. 3. Adakan sekatan atau kawalan, jika perlu.
4. 4. Suami patut memberi alternatif-alternatif kepada isteri, supaya isteri boleh buat pilihan
i. Jikalau konflik rumahtangga itu berlaku berpunca daripada diri isteri semata-mata bukan dipengaruhi oleh anasir-anasir luaran. Allah SWT telah menggariskan panduan melalui firmannya yang bermaksudnya
“Dan isteri-isteri yang kamu curigai atau bimbang berlaku nusyuznya(derhaka), maka hendaklah kamu (suami) menasihati mereka, dan jika sekiranya mereka berdegil tinggalkan mereka di tempat tidur, dan jika mereka masih berdegil juga pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan) kemudian jika mereka taat kepada kamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar.”
(Surah An-Nisa’: 34)
.
7) MENASIHATI ISTERI
.
Dalam menghadapi sesuatu permasalahan suami sewajarnya memberi nasihat kepada isteri dengan penuh bijaksana. Nasihat yang diberi meliputi menerangkan hukum dan akibat perbuatan : Memberi contoh-contoh teladan yang boleh diambil iktibar oleh isteri. Suami juga mesti memberi panduan apa yang patut isteri lakukan dan peringatan-peringatan supaya menjadi pegangan isteri. Suami juga hendaklah bersedia memaafkan isteri di atas kesilapan yang dilakukan. Tindakan yang dilakukan oleh suami hendaklah dengan cara yang lembut, sopan dan berperikemanusiaan, sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
Dari Abi Hurairah r.a.; Katanya, Nabi s.a.w. bersabda ,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Khiamat, maka apabila ia menyaksikan sesuatu peristiwa, hendaklah ia menanggapi dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannyan yang paling bengkok ialah sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok kerana ia bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”
(Riwayat Muslim)
.

MENINGGALKAN TEMPAT TIDUR
.
Merupakan langkah yang kedua yang disarankan kepada suami untuk bertindak setelah langkah pertama menemui kegagalan. Langkah ini boleh dilakukan dengan cara berikut :
a. Suami tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya.
b. Tidur berasingan (berlainan bilik).
c. Tidak bertegur sapa atau bercakap hanya sekadar dengan perlu sahaja
d. Tidur dengan cara membelakangkan isteri
Tempoh bagi suami melaksanakan tindakan ini ialah selama 30 hari (sebulan). Hal ini dikiaskan kepada tindakan yang telah diambil oleh Rasulullah terhadap Safiah apabila Rasulullah marah terhadapnya. Walau bagaimanapun ia boleh dilanjutkan sehingga 4 bulan (120 hari) mengikut keperluan.
Dalam melaksanakan tindakan ini suami tidak boleh meninggalkan rumah dan tidak boleh melampau di dalam tindakannya. Apabila isteri telah kembali taat suami hendaklah memberhentikan semua tindakan dan suami tidak boleh sekali-kali mencari jalan untuk menyusahkan isteri atau membalas dendam.
.
.
9) PUKUL
.
Salah satu langkah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap keengkaran isteri setelah langkah pertama dan kedua tidak memberi apa-apa kesan. Tujuan pukulan ialah untuk menyedarkan isteri tentang sikap buruknya serta untuk mengembalikannya ke pangkal jalan. Sabda Rasulullah SAW; maksudnya :
“Hendaklah kamu memukul isteri-isteri kamu apabila mereka mendurhakai kamu tentang perkara yang baik”.
Di dalam melaksanakan langkah ini, syarak telah menerapkan syarat-syarat seperti berikut :
1. Memukul isteri dengan pukulan yang tidak melukakan atau yang boleh meninggalkan sebarang kesan.
2. Tidak memukul di bahagian muka / tempat-tempat yang merbahaya seperti dada.
3. Tidak menggunakan alat-alat yang boleh mencederakan.
Selain daripada itu, suami mestilah bertindak di dalam keadaan yang waras dan tidak sekali-kali dengan mengikut perasaan marah atau dendam. Islam melarang keras suami memukul isteri yang tidak membuat kesalahan. Sebolehnya mengelakkan daripada memukul isteri, sekali pun langkah-langkah terdahulu telah gagal.
.
.
10) MELANTIK ORANG TENGAH
.
Setalah suami melakukan ketiga-tiga langkah terdahulu dan didapati tidak menampakkan apa-apa kesan positif malahan bertambah keingkaran isteri, sedangkan suami masih mengharapkan kebaikan maka suami bolehlah melnatik orang tengah. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ : 35, maksudnya :
.
Dan jika bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantikan orang tengah untuk mendamaikan mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan, jika orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua suami isteri itu berpakat iaitu sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi di dalam pengetahuannya”.
ii. Konflik yang berpunca daripada pihak suami.
.
Dalam menghadapi konflik rumahtangga yang berpunca daripada sikap buruk suami, isteri hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah SWT, (Surah An-Nisa’ : 128) maksudnya :
.
Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak apa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir ……..
.
Daripada ayat di atas, tindakan yang patut dilaksanakan oleh isteri ialah memujuk suami dengan menyatakan bahawa suami sebagai tempat perlindungan isteri dan anak, isteri hendaklah memberi peluang kepada dirinya dan suami untuk meneruskan kehidupan suami isteri di samping meningkat potensi diri bagi menarik minat dan kesedaran suami supaya untuk memberi perhatian terhadap rumahtangga. Di dalam keadaan ini, pihak isteri tidak patut menggalakkan sikap terburu-buru atau mencerca. Suami di atas kesilapannya dan memohon pertolongan daripada Allah SWT.
.
Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak tertentu seperti keluarga sahabat atau orang tengah yang dilantik untuk membaiki keadaan rumahtangga yang kian meruncing. Kemuncak daripada krisis rumahtangga mungkin isteri perlukan mengambil sesuatu tindakan isteri perlu menunjukkan permasalahan ke pejabat-pejabat agama. Bagaimanapun semasa krisis, isteri tidak boleh sekali-kali untuk meninggalkan rumah tanpa persetujuan daripada pihak suami melainkan untuk mendapatkan perlindungan (kes-kes deraan dan sebagainya).
.

11) KESIMPULAN
.
Krisis di atas suami isteri merupakan perkara yang lumrah berlaku di dalam rumahtangga walau sebagaimana rukun sekali perhubungan mereka. Kejadian krisis dalam rumahtangga boleh memberi kesan yang positif apabila ia dikendalikan atau ia diselesaikan dengan baik kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Bagaimanapun jika terlalu kerap berkrisis akan menjadikan rumahtangga sentiasa bergelombang dan jika dibiarkan ia akan karam. Oleh itu, tolak ansur dan persefahaman di antara suami isteri selalunya akan menyelamatkan keadaan dan rumahtangga akan terus kekal bahagia
Wallahua’lam

Mengetahui tentang Walimatul Urus


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Seiring perkembangan peradaban manusia modern, nilai-nilai kebenaran yang hakiki semakin tergeser dari kehidupan perilaku modernisasi. Pada akhirnya umat Islam semakin tidak memperdulikan lagi terhadap syariat yang semestinya menjadi panutan dan pegangan bagi mereka, pernikahan yang dilakukan mereka tidak sesuai dengan syariat Islam. Bahkan cenderung meniru nilai dan perilaku barat.

WALIMAH MERUPAKAN IBADAH

Walimah berasal dari kata “Al Walam” yang bermakna Al Jamu’ (berkumpul). Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakannya adalah sunnah mu’akad berdasarkan hadist Rasulullah kepada Abdurrahman bin Auf : “Selenggarakan walimah walaupun hanya dengan seekor kambing”.

Ucapan akad nikah dan walimah merupakan acara ritual atau ibadah yang disyari’atkan dalam Islam sehingga penyelenggaraannya harus tertib dan sakral. Sebagaimana sebuah ibadah, seperti halnya zakat, puasa, ibadah haji, dan sebagainya, penyelenggaraan pernikahan telah diatur tata cara serta rukunnya dalam syari’at Islam sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Saw dan para sahabat. Pelanggaran terhadap pelaksanaan rukun-rukun menyebabkan tidak sahnya sebuah pernikahan secara syar’i.

Sehubungan dengan walimah, adat kebiasaan masing-masing daerah dapat dipertahankan bbahkan dilestarikan sepanjang tidak menyalahi prinsip ajaran Islam. Dan apabila adat kebiasaan yang berhubungan dengan walimah tersebut bertentangan dengan syari’at Islam, setuju atau tidak, harus ditinggalkan.

RUKUN – RUKUN PERNIKAHAN

Hal-hal yang mesti ada dalam upacara pernikahan disyari’atkan dalam sebuah hadist sebagai berikut : ”Tidak sah pernikahan kecuali dengan hadirnya wali (pihak wanita) dan dua orang saksi serta mahar (mas kawin) sedikit mahupun banyak.” (HR. Athabarani). Berdasarkan hadist tsb maka ada beberapa rukun pernikahan dii antaranya adalah :

- Hadirnya wali (pihak wanita)

- Dua orang saksi

- Mahar

- Khutbah nikah

SUNNAH – SUNNAH DALAM WALIMAH

Di samping rukun – rukun di atas maka ada beberapa sunnah Rasulullah dalam acara walimah iaitu :

- Berdoa setelah akad nikah. Doa bagi kedua mempelai : “Barakallahu laka wabaaraka ‘alaika wajama’a baynakuma fii khair”. Semoga Allah mencurahkan kepadamu dan istrimu. Semoga Allah menyatukan kamu berdua dalam segala kebaikan.” (HR. Bukhari, Muslim).

- Shalat sunnah setelah akad nikah

- Tinggal seminggu di rumah mempelai wanita.

ADAB WALIMAH (RESEPSI) PERNIKAHAN

Adab – adab dalam upacara pernikahan adalah sbb :

- Tidak bercampur baur antara lelaki dan wanita.

Hal ini untuk menghindari “zina mata” dan “zina hati”. Hal ini berdasarkan firman Allah : “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. Al-Isra’ : 32).

Islam sangat preventif sekali dalam menanggapi masalah zina. Islam tidak saja melarang perbuatan zina, melainkan juga melarang segala sesuatu yang mendekati zina, dengan mencegah dan menutup aurat semua jalan yang mendorong terjadinya zina, di antaranya dengan menyuruh laki-laki menundukkan pandangannya terhadap wanita. “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS 24 : 30)

perkahwinan 300x224 Mengetahui tentang Walimatul Urus

Allah menggunakan kata “min” untuk menyatakan sebahagian dari pandangan. Yang dimaksud dengan menundukkan pandangan bukanlah menundukkan pandangan atau memejamkan mata, melainkan mengandungi pengertian bahawa harus membatasi pandangan kepada lawan jenis yang bukan muhrimnya. Sehingga gejolak nafsu seks dapat kita rendam dan kita rendam dan kita kendalikan.

Allah juga menyuruh wanita-wanita menundukkan pandangan terhadap laki-laki yang bukan muhrimnya. Wanita juga disuruh mengenakan kain penutup tambahan dari kepala sampai ke dada yang dikenal dengan istilah jilbab. “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada mereka…(QS. An-Nur : 31).

Namun terkadang umat islam masih banyak yang memandang aneh terhadap orang yang melaksanakan tuntutan di atas. Padahal umat islam sudah tidak asing lagi dengan pemisahan antara laki-laki dan wanita. Bukanlah ketika sholat di masjid, jama’ah laki-laki terpisah dengan jama’ah wanita ? Lalu kenapa walimah hal ini menjadi asing bagi kita ?

- Hijab

Hijab berarti “tirai” atau pembatas atau penyekat. Istilah hijab ini digunakan untuk tirai penyekat yang membatasi antara laki-laki dan wanita yang bukan muhrimnya, seperti ayat berikut : “Apabila kamu (laki-laki bukan muhrim) meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir (tirai).” (QS. Al-Ahzab : 53).

Islam menyuruh kita menahan sebahagian pandangan, maka untuk membantu terlaksananya itu diperlukan hijab (tirai) yang membatasi pandangan antara lelaki dan wanita. Hal ini dicontohkan dalam riwayat perkahwinan Rasulullah Saw dengan Zainab yang merupakan sebab turunnya surat Al-Ahzab : 53 di atas.

- Menghindari berjabat tangan yang bukan muhrimnya

Telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita bahawa tamu laki-laki menjabat tangan mempelai wanita, begitu pula sebaliknya. Padahal ini dimurkai oleh Allah “Barang siapa berjabat tangan dengan wanita yang bukan muhrimnya maka akan mendapat murka dari Allah Azza wa jalla.” (HR. Ibnu Baabawih)

- Menghindari syirik dan khurafat

Oleh kerana walimah merupakan ibadah, maka kita harus menghindari perbuatan – perbuatan yang mengarah pada syirik dan khurafat. Dalam masyarakat kita, terdapat banyak kebiasaan dan adat istiadat yang dilandasi oleh kepercayaan terhadap selain Allah seperti percaya kepada dukun, memasang sesajen, dll. “Barang siapa yang mendatangi dukun atau peramal dan percaya kepada ucapannya maka ia telah mengkufuri apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Muhammad Saw.” (HR. Abu Daud).

Begitu pula seorang muslim selayaknya tidak percaya kepada perhitungan hari baik dan hari buruk. “Barang siapa membatalkan maksud keperluan kerana ramalan dari mujur sial, maka ia telah syirik kepada Allah. “ (HR. Ahmad).

- Menghindari kemaksiatan

Dalam sebuah acara pernikahan, hendaknya kita menghindari terjadinya cara minum-minuman keras dan judi, kerana jelas dilarang syari’at islam.

- Menghindari hiburan yg merosakkan

Begitu pula sebaiknya dihindari suguhan acara hiburan berupa tarian oleh wanita-wanita yang berusaha tidak sesuai dengan syari’at islam, bahkan cenderung mempertontonkan aurat. Serta, umat islam selayaknya tidak memperdengarkan muzik yang liriknya mengandungi ajakan maksiat seperti mengajak pergaulan bebas, narkoba dll. “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan. (QS. Lukman : 6).

- Mengundang fakir miskin

Rasulullah bersabda : “Makanan yang paling buruk adalah makanan dalam walimah di mana orang – orang kaya diundang makan, sedangkan orang – orang miskin tidak diundang.” (H. Baihaqi).

Fakir miskin bukanlah orang yang sama sekali tidak memiliki nafkah tetapi tidak tercukupi kebutuhan primernya. Fakir miskin yang diundang diutamakan tetangga dekat iaitu sekitar 40 rumah dari rumah kita. Teknik pelaksanaannya dapat dengan cara mengundang langsung mereka atau membahagikan bingkisan makanan setelah acara walimah selesai.

- Syiar Islam

Disunnahkan walimah, diantaranya dimaksudkan syiar sehingga usahakan dalam acara walimah tersebut terdapat pembacaan ayat suci Al-Quran, khutbah nikah yang menjelaskan mengenai masalah pernikahan, brosur-brosur atau naskhah yang berisi ajakan untuk melaksanakan syariat islam.

- Mendoakan kedua mempelai

Disunnahkan kita mengucapkan do’a ketika menjabat tangan sang pengantin.

- Adab busana & rias pengantin

· Menutup aurat

· Tidak berpakain dan berhias berlebih-lebihan

· Mempelai lelaki tidak menggunakan sutera

· Mempelai wanita tidak menyambung rambut

· Mempelai wanita tidak menipiskan alis

· Tidak mengikir gigi bagi mempelai wanita

- Adab makan pada acara walimah

· Tidak berlebih-lebihan

· Menggunakan tangan kanan

· Tidak makan sambil berdiri (Standing Party)

- Bukan Aliran Tertentu

Apa yang dijelaskan di atas bukanlah ajaran dari kelompok atau aliran tertentu, melainkan apa yang telah diperintahkan dan dicontohkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad Saw. Memang saat ini sangat jarang kita jumpai resepsi pernikahan seperti di atas, bahkan umat islam masih menganggap aneh.

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap aneh dan nanti Islam akan kembali dianggap aneh. Namun berbahagialah orang-orang yang aneh”, para sahabat bertanya pada Rasulullah, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang yang aneh itu ?”. Lalu Rasulullah menjawab : “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim).

Mengapa terlalu sukar untuk kahwin sekarang ini?


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Pernikahan adalah satu sunnah nabi dan merupakan antara fitrah manusia yang memerlukan kepada pasangan. Setiap makhluk ALlah diciptakan berpasangan termasuklah manusia. Oleh kerana itu manusia perlukan kepada pasangan masing-masing untuk saling melengkapi. Jika tidak, hidupnya masih tidak lengkap , tidak teratur dan banyak kekurangan.

Dan pernikahan merupakan salah satu tanda kebesaran Allah sepertimana yang difirmankan olehNya yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum: 21)

Apa itu mawaddah dan rahmah?

Mawaddah dan rahmah ini muncul kerana di dalam pernikahan ada faktor-faktor yang dapat menumbuhkan dua perasaan tersebut. Dengan adanya seorang isteri, suami dapat merasakan kesenangan dan kenikmatan, serta mendapatkan manfaat dengan adanya anak dan mendidik mereka. Di samping itu, ia merasakan ketenangan, kedekatan dan kecenderungan kepada isterinya. Sehingga secara umum tidak didapatkan mawaddah dan rahmah di antara sesama manusia sebagaimana mawaddah dan rahmah yang ada di antara suami isteri. (Taisir Al-Karimir Rahman, hal. 639)

Al-Hasan Al-Bashri, Mujahid, dan ‘Ikrimah rahimuhumullah berkata: “Mawaddah adalah ibarat/kiasan dari nikah (jima‘) sedangkan rahmah adalah ibarat/kiasan dari anak.” Adapula yang berpendapat, mawaddah adalah cinta seorang suami kepada isterinya, sedangkan rahmah adalah kasih sayang suami kepada isterinya agar isterinya tidak ditimpa keburukan. (Ruhul Ma’ani 11/265, Fathul Qadir 4/263)

Kata Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, “Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.”

Rasulullah S.a.w bersabda yang mafhumnya, “Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).

Pernikahan di Malaysia semakin sukar

Sejak British datang ke Malaysia dulu, HUKUM ALLAH pun telah mula dibuang dan digantikan dengan undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid. Dan sistem birokrasi mula bertapak di Malaysia yang menyebabkan semakin banyak kesulitan dialami, bukan semakin menyenangkan. Apa yang saya lihat sekarang, nikah kahwin di Malaysia ini semakin sukar. Rakyat semakin sukar untuk mendapatkan mawaddah dan rahmah yang ada dalam pernikahan. Sukar oleh kerana beberapa faktor utama antaranya;

1- Undang-undang yang semakin cerewet yang membikin semakin banyak prosedur. Ambil sijil itu ambil sijil ini, kena bayar itu kena bayar ini (orang nak kahwin pun masih sempat mereka nak cari keuntungan), bukan semakin untuk menyenangkan tetapi semakin menyusahkan rakyat.

2- Pemikiran ibubapa yang berorientasikan kepada mahukan menantu yang hebat, terutamanya dari segi keduniaan. Seperti mahukan menantu yang berkerjaya besar, berpangkat, ada nama hebat dan seumpamanya. Secara ringkasnya ialah terlalu cerewet dalam memilih.

3- Masyarakat sendiri yang telah statik fikirannya yang suka mengata itu ini. Orang nak nikah secara halal pun dikomen yang tidak membina. Orang nak nikah dengan janda pun bermacam-macam tuduhan dilemparkan.

4- Tiada usaha oleh pihak-pihak atasan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan, yang masih tidak kahwin-kahwin itu.

Kita perlu tahu, keadaan di malaysia kini semakin berleluasa dengan zina, berdua-duaan bersama bukan muhrim, gejala bohsia, dating di mana-mana antara bukan muhrim dan sebagainya. Maka mengapa saya lihat pemimpin-pemimpin kita hanya memandang remeh perkara ini. Tiada yang prihatin kepada nasib manusia-manusia yang hendak sangat kahwin tetapi masih tidak dapat kahwin-kahwin. Maka saya nak beritahu kepada penguat kuasa undang-undang, bahawa itu semua tanggungjawab anda. Jika sekiranya anda makin menyulitkan lagi proses pernikahan, maka segala gejala2 maksiat itu adalah disebabkan oleh anda juga.

kahwin1 300x192 Mengapa terlalu sukar untuk kahwin sekarang ini?

Adakah dengan membuat bermacam-macam prosedur itu semakin menyelesaikan masalah?

Islam ini mudah tetapi dipersulitkan dengan bermacam prosedur sekarang. Apa yang saya tengok, masalah tidak juga selesai, malah semakin membuatkan orang sukar untuk kahwin, semakin membuatkan orang melanggar batas-batas agama, semakin membuat rakyat tertekan dan seumpamanya. Apa gunanya membuat semakin banyak prosedur tetapi rakyat semakin ramai buat maksiat?

Pemimpin sepatutnya berusaha keras menyahut hadith ini , “Nikahilah perempuan yang ramai anak dan penyayang. Kerana aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat”. (Hadis Riwayat Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban). Nabi amat berbangga dengan umatnya yang ramai, maka jika kerajaan kita betul-betul prihatin masalah ini, kerajaan akan menumpukan agar rakyatnya yang beragama Islam dapat kahwin semuanya. Tidak mahukah kita membantu untuk meramaikan umat nabi kita?

Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf: “Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab”. Maka tidak mahukah kita cuba menggalakkan (bukan sahaja galak tapi bantu lah) rakyat agar berkahwin?

artikel cincinkawin 300x236 Mengapa terlalu sukar untuk kahwin sekarang ini?

Apakah dengan membuat bermacam prosedur itu dapat mengelak dari masalah perceraian?

Apa yang saya tengok tidak juga, kerana masih banyak rumahtangga yang menemui jalan buntu yang akhirnya bercerai. Itu semua adalah soal jodoh, apa pun langkah yang kita usaha, kalau dah jodohnya panjang tetap panjang, kalau dah jodoh pendek tetap pendek, ada hikmah semuanya. Cuma apa yang saya harap, jangan pula pihak atasan semakin menyulitkan proses untuk berkahwin itu.

Mana lebih baik? Berikan kemudahan kepada mereka yang mahu berkahwin dan cuba membantu mereka ataupun membiarkan sahaja maksiat semakin berleluasa? Ini dalam keadaan rakyat tertekan pun kerajaan masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Naluri rakyat yang memerlukan kepada pasangan yang halal terpinggir pun masih sibuk dengan pembangunan pembangunan pembangunan. Apa guna nya pembangunan jika jiwa rakyat kamu menderita? Apa gunanya pembangunan jika sekiranya keperluan asasi rakyat kamu tidak dipenuhi?

Nasib banyak kaum wanita yang masih tidak dapat berkahwin pun tiada siapa yang peduli. Tidak kah kamu kaji wahai kerajaan tentang bilangan wanita yang masih tidak dapat kahwin di Malaysia ini? Walaupun sudah dikategorikan sebagai berumur dan sudah layak untuk bergelar sebagai seorang isteri? Apa usaha kamu wahai kerajaan untuk berusaha mencari jodoh untuk mereka? Apa usaha kamu wahai kerajaan untuk menenangkan hati mereka kerana kamu mesti tahu, MANUSIA MEMERLUKAN KEPADA PASANGAN MASING-MASING. Tanpa pasangan, sudah tentu lah jiwa terasa kekosongan, kesepian, keseorangan dan bermacam-macam perasaan negatif lagi. Kamu berusaha keras untuk membuat pembangunan, tetapi mengapa kamu tidak berusaha keras untuk menyenang dan mengisi kekosongan hati rakyatmu? Di sini lah terlihatnya betapa kamu hanya mementingkan pembangunan material dari pembangunan rohani rakyat kamu.

Mana usaha kamu untuk membantu rakyat untuk memenuhi firman Allah ini, “Dialah yang menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan Dia jadikan dari jiwa yang satu itu pasangannya agar ia merasa tenang kepadanya…” (Al-A’raf: 189)

Dan kepada para ibubapa pula, jangan lah terlalu cerewet untuk memilih bakal menantu. Cukup lah kamu kaji serba sedikit tentang latar belakangnya menurut apa yang diberitahu dalam hadith, “Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Jika kamu sudah pasti orang itu agamanya elok, takutkan Allah, dan anak kamu sudah saling sayang menyayang dengannya, maka nikahkan lah mereka. Jangan tunggu sampai mereka ada rumah banglo, kereta besar, duit bertambun-tambun dulu baru nak kahwinkan mereka. Ingatlah, Saidina Ali r.a dan Saidatina Fatimah a.s hanya hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi mereka tetap bahagia. Apa lagi yang bagus melainkan melihat hidup anak kamu bahagia? Saya tegaskan , bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaa, saya ulangi lagi, bahagia bukan diukur dengan wang ringgit yaaa. Haa ini diulang-ulang lebih sikit kepada mereka yang gila ke duit sangat tuuu!!

Hayatilah firman Allah ini dan jangan hanya pandai baca sahaja, “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur: 32).

Dan yakinilah juga dengan pesan Nabi Muhammad S.aw ini , “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Dan saya kuatkan lagi hujjah dengan kata-kata sahabat ini, Ibnu Mas’ud radliyallahu ‘anhu pernah berkata: “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan”. (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul ‘Arus hal. 20).

Jangan tunggu menantu kamu kaya atau banyak duit dahulu baru nak nikahkan mereka dengan anak kamu. Yakinlah , Allah akan bantu untuk cukupkan mereka jika mereka ikhlas berkahwin kerana Allah. Ketahuilah, apa yang penting dari sebuah rumahtangga adalah kebahagiaan. Kebahagiaan itu bukan diukur dari wang ringgit , pangkat dan seumpamanya, tetapi adalah kebahagiaan yang dirasai dalam hati seorang manusia itu. Maka jika hatinya sudah saling sayang menyayang, senang dan serasi bersama, maka nikahkan lah mereka. Semoga dengan cepat-cepat dinikahkan akan dapat mengelakkan dari berlakunya bermacam maksiat dan noda.

Dan bagi para lelaki yang mahu memilih wanita, hayatilah maksud ayat ini, “Wanita yang shalihah ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)”. (An-Nisaa: 34).

Oleh itu saya amat berharap pihak yang berwajib dapat menitik-beratkan perkara ini kerana ini adalah soal keperluan asasi manusia, fitrah kemanusiaan dan demi kebahagiaan di hati masing-masing. Cuba lah mengambil langkah untuk ikhtiarkan masing-masing rakyat ini mendapat jodoh masing-masing kerana saya perhatikan teramat banyak rakyat yang sudah agak berumur yang sangat-sangat ingin merasa alam pernikahan tetapi masih tidak dapat nikah terutamanya golongan wanita.

Maka kesimpulan dari apa yang saya ingin katakan di sini ialah, jika ada pasangan-pasangan yang sedang bercinta mahu berkahwin dan mereka sudah sanggup untuk hadapi apa sahaja, maka kahwinkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula yang menjadi penghalangnya. Apa yang penting pernikahan itu pertamanya mesti berdasarkan kepada kerana ALLAH. Maka jika mereka sudah sanggup untuk berkahwin, maka apa tunggu lagi, aturkan pernikahan untuk mereka. Soal jodoh kekal atau atau tidak, bahagia atau tidak mereka itu adalah soal mereka sendiri.

Jangan kita pula yang jadi batu penghalang orang mahu bina masjid. Akibat melarang mereka berkahwin, nanti mereka buat maksiat dan dosa siapa yang nak tanggung? Anak-anak kamu juga wahai pak-pak mertua. Tak kasihankah kamu kepada anak-anak kamu? Gara-gara kamu mementingkan diri kamu untuk mendapat menantu yang hebat, agar orang semua memandang hebat kepada kamu (macam kamu sendiri pulak yang nak kahwin), akhirnya anak kamu yang jatuh ke lembah maksiat.

Adakah selama ini mereka yang banyak harta itu semua bahagia setelah berkahwin? Adakah mereka yang pergi kursus kahwin itu bahagia belaka selepas berkahwin? Adakah mereka yang berpangkat, berkerjaya besar dan segala yang gah-gah bahagia belaka selepas kahwin? Maka tepuk dada tanya iman anda.

Dan jangan menetapkan hantaran yang besar-besar bagi mereka yang tidak mampu. Ikut sahaja kemampuan mereka, jangan menyiksa dan membebankan bakal menantu anda. Yang penting mereka dapat bina masjid yang baik dan sama-sama menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dan jika anda adalah ibu bapa yang baik, maka bantulah sama anak anda untuk mengeluarkan belanja bagi pernikahannya. Semoga diredhai dan diberkati Allah pernikahan mereka. Yang penting kita buat jalan HALAL yang diredhai oleh ALLAH S.W.T, insyaAllah berkat.

Pernikahan yang sepatutnya mudah sahaja di dalam Islam dan amat digalakkan oleh Nabi Muhammad S.a.w tetapi semakin sukar dan payah untuk dilakukan sekarang ini kerana sikap dan suasana hari ini sendiri. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah bersama. Wallahu a’lam

Mari Pelajari Munakahat


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Pada hari ini saya ingin kongsikan tentang Munakahat. Eloklah kita sama-sama membacanya. Apakah yang dikatakan dengan Munakahat. Turutama mereka yang hendakg mendirikan rumah tangga. Ilmu amat penting dalam kita membina Mahligai Impian.

Apa yang dikatakan dengan Munakahat itu adalah bermaksud “Pernikahan”. Ilmu di dalam Munakahat adalah ilmu yang melibatkan dalam proses dalam pernikahan dan yang berkaitan dengan perkahwinan. Mari kita lihat secara sepintas lalu. Apa yang ada dalam Munakahat.

TA’ARUF DAN KHITHBAH

Taaruf
Mengenal dengan baik, menambah kemantapan, kesenangan, kebahagiaan, merawat cinta-kasih, memahami dan saling menolong, memperkecil kesalah pahaman, mudah untuk memperbaiki jika ada kesalahan.

Ta’aruf harus sesuai dengan aturan – aturan syar’i dan tidak boleh mengarah kepada kemaksiatan atau ada kesan main-main. Ta’aruf merupakan salah satu alat atau saranan sekaligus proses, dan belum merupakan tanda jadi secara mutlak, tetapi ada indikasi untuk jadi.

Ta’aruf harus terikat dengan adab – adab islam dan tidak asal asalan. Ta’aruf boleh langsung dan boleh tidak langsung asalkan tetap dalam tataran syar’I, Maknanya tidak boleh berduaan tanpa muhrim dan tidak kearah berpacaran atau kumpul kumpul yang tidak syar’i.

Melalui Ta’aruf, barulah Ru’yah atau nadhor dan menjadi saranan bermusyawarah.
Ta’aruf nilai hukumnya sunnah, yang penting untuk diperhatikan bagi setiap orang yang akan menikah dan Menikah tanpa ta’aruf tetap sah.

KHITHBAH / Melamar / meminang

Khitbah hukumnya sunnah
Khitbah bukan tanda jadi secara mutlak, tetapi merupakan pengantar untuk jadi dan menunjukkan keseriusan.Khitbah biasanya dilakukan oleh orang tua atau wakilnya atau boleh langsung anaknya, tetapi yang terbaik adalah kedua duanya

9 1 300x199 Mari Pelajari Munakahat
Adab adab semasa Khitbah
-Berniat baik
-Bertutur kata baik
-berperilaku yang baik
-tidak berlebihan dan tidak ada maksiyat
-saling menghormati dan bermusyawarah
-berzikir kepada Allah
-Menjaga adab majlis

Yang perlu diperhatikan :
-Tidak ada tukar cincin sebelum pernikahan.
-Tidak boleh memperkecil mahar dan memperbesar peningset atau hadiah sebelum pernikahan (kurang afdhol) Idealnya jarak antara Khitbah dengan Akad dan walimah tidak terlalu lama menunggu
-Khitbah adalah saranan untuk merencanakan pelaksanaan Walimah dan Akad Nikah (bentuk yang diingginkan)

meminang lelaki1 Mari Pelajari Munakahat

TATA CARA PERNIKAHAN

-Menggunakan busana/pakaian  yang terbaik dan sekemas mungkin (sesuai syari’at) Pernyataan -permintaan mahar oleh mempelai putri kepada mempelai putra.
-Pemeriksaan berkas kedua mempelai.
-Khutbah nikah sebelum akad.
-Salaman antara wali dengan mempelai putra bukan syarat sah.
-Do’a
-Tausiyah untuk kedua mempelai

AKAD NIKAH
-Rukun yang paling penting adalah keredhaandan persetujuan dua belah pihak

-Rukun Nikah

-Sighatul Aqdi (Ijab dan Qobul)
-Ada calon istri
-Ada calon Suami
-Ada wali
Syarat – syarat Ijab dan Qobul
-Kedua mempelai tamyiz (baligh dan berakal)
-Ijab dan Qobul tidak dipisahkan
-Hendaknya qobul tidak berbeda dengan ijab
-Yang melakukan akad mendengar dan faham apa yang diucapkannya
Syarat jadi Wali
-Muslim
-Baligh
-Laki – laki
-Ayah, Bapa Saudara  dari ayah, saudara laki – laki, anak saudara laki – laki, ayah atau wali hakim (berurutan)
Syarat – syarat jadi Saksi
-Berakal
-Baligh
-Lebih dari satu
-Laki – laki
-Merdeka
-Adil
-Muslim
Apa itu Mahar
Semua Ulama fiqh sepakat bahwa mahar termasuk syarat sahnya nikah dan tidak boleh nikah tanpa mahar. Tidak ada batas maksimal mahar.
Menurut Imam Syafi’I, Imam Ahmad dan fuqoha madinah tidak ada batasan minimal; manurut Imam Malik minimal seperempat dinar emas atau 3 dirham perak; manurut Abu Hanifah minimal 10 dirham atau 5 dirham

Secara umum sahnya pernikahan :
-Mahalliyah far’iyyah
-Hendaknya sighah ijab dan qobul untuk selamanya
-Adanya Saksi
-Tidak ada paksaan
-Ta’yin kedua mempelai
-Mempelai dan wali tidak sedang ihram haji atau umrah
-Pernikahan harus dengan mahar
-Tidak boleh menyembunyikan pernikahan
-Salah satu mempelai tidak dalam kondisi sakit keras
-Kehadiran wali

PUTUSNYA IKATAN PERNIKAHAN
-Talaq
-Fasakh
-Khulu’
-Pemutusan pernikahan oleh pengadilan, dengan alasan : Tidak diberi nafkah, adanya aib, kekerasan keluarga, ditinggal pergi lama & tidak ada kabar, dipenjara, ila’, li’an, dzihar atau salah satu murtad

ISTILAH DI DALAM MUNAKAHAT YANG PERLU ANDA KETAHUI

Ijab & Kabul – Ijab adalah pernyataan dari salah salah satu pihak yang mengadakan akad untuk menyatakan keinginan untuk berkahwin, manakala Kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh pihak lain yang menunjukkan kerelaan dan persetujuan atas kehendak pihak pertama.

I’lak – Sumpah seorang suami yang ia tidak mahu melakukan persetubuhan dengan isterinya dalam masa lebih dari 4 bulan atau ia bersumpah dengan tidak menyatakan tempoh masa.

Khuluq – Melepaskan ikatan perkahwinan dengan suatu pemberian tertentu daripada pihak isteri kepada suami, juga dipanggil sebagai “tebus talak”.

Li’an – Sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan
suaminya.

Mahar – Mas kahwin iaitu pemberian kepada isteri dengan sebab nikah sama ada berupa wang atau barang-barang bermanafaat.

Nafkah – Apa yang wajib atas suami menyempurnakannya untuk keperluan isterinya.

Nikah – Perjanjian yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.

Nikah Mahalil – Nikah cina buta. Ia diharamkan dalam islam.

Nusyuz – Keengganan isteri dari menunaikan kewajipannya terhadap suami.

Rujuk – Kembali semula kepada ikatan perkahwinan dengan perempuan yang telah diceraikannya di dalam masa idah.

Ta’liq – Lafaz talak ta’liq (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas aqad nikah dijalankan.

Talak – Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan perkataan tertentu seperti talak, cerai dll.

Talak Raj-i’ – Talak 1 dan 2, iaitu talak yg. dibenarkan kembali semula (rujuk) dengan tidak perlu akaq jika masih dalam iddah.

Talak Ba’in – Talak 3 iaitu talak yang tidak boleh rujuk. Suami tidak boleh kembali semula kepada isterinya, kecuali isterinya telah berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai dan setelah
habis iddah.

Fasakh – Melepaskan ikatan perkahwinan bila dituntut oleh pihak isteri kepada pihak kadhi.

Iddah – Tempoh masa menunggu yang tertentu bagi perempuan yang diceraikan oleh suami.

Wali – Orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang hendak dikahwinkan.

Wali Mujbir – Wali yang terdiri dari bapa atau datok sebelah bapa kepada perempuan yang hendak berkahwin.

Wali Bukan Mujbir – Wali-wali selain dari bapa dan datok sebelah bapa perempuan yang hendak berkahwin seperti abang, wali hakim.

Walimatul urus – keramaian atau kenduri kahwin

Zihar – Suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun dengan seseorang yang haram berkahwin dengannya.

Disemak oleh:
Ustazah Noor Haida Bt. Shohaili
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah

8 Perkara Dalam Perkahwinan


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI
Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

2. BERKAHWIN TIDAK BERMAKNA ANDA AKAN MENYINTAI DAN DICINTAI SETIAP HARI
Kebahagian dalam perkahwinan bukanlah perkara mudah untuk di capai. Pasti ada masalah yang akan timbul. Ada masalah besar dan ada masalah kecil. Kadang kala anda sudah merasa diri tidak di cintai lagi. Jadi amat penting bagi mengucapkan perasaan cinta pada pasangan.

3. ANDA MASIH PERLU MENGHANGATKAN PERASAAN
Untuk mengelakkan suasana hambar, anda masih perlu untuk menghangatkannnya. Terapkan suasana romantik apabila bersama.. Contohnya seperti mengucapkan sayang pada pasangan, memeluk antara satu sama lain, dan bercerita sesuatu sebelum melelapkan mata dan so on…

mas kahwin 2 280x300 8 Perkara Dalam Perkahwinan

4. LAZIMNYA SALAH SEORANG AKAN LEBIH BANYAK BERKORBAN
Jarang ade pasangan yang adil dalam pembahagian tanggunjawab. Kadang kala, suami lebih. Namun kebiasaannya, isteri lah yang akan lebih banyak berkorban.

5. PASANGAN ANDA AKAN BERUBAH SETIAP MASA
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan, hobi, dan macam-macam lagi. Namun, walau apapun perubahan itu, anda haruslah menerima dengan hati yang terbuka seperti mana anda menerimanya suatu ketika dahulu..

6. ANDA TIDAK SEMESTINYA BERSETUJU DALAM SEMUA PERKARA
Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting sikap tolak ansur dengan pasangan.

7. SEMAKIN LAMA BERKAHWIN SEMAKIN BAHAGIA
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan bertolak ansur, lazimnya mereka akan berjaya melawan badai dan arus yg melanda rumah tangga. Mereka inilah yang berjaya menikmati kemanisan dalam ruamhtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

8. HUBUNGAN SEKS ADA TURUN NAIKNYA
Kadang kala sangat berkesan dan kadang kala tidak memberangsangkan. Masing-masing harus menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.

Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.

Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan

adab sami isteri berjimak 150x1501 Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5. Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.