Hikmah ujian kesihatan sebelum kahwin


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

SETIAP orang mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit semata-mata mahukan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang walaupun terpaksa berhutang.

Selain persiapan material, ada satu lagi persediaan penting yang perlu anda dan pasangan lakukan sebelum melangsungkan perkahwinan iaitu menjalani ujian kesihatan.

Ujian ini membantu mengenalpasti masalah kesihatan dan risiko yang bakal dihadapi pasangan dan anak-anak mereka kelak. Ujian kesihatan pra perkahwinan membolehkan seseorang untuk:

* Mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan serta belajar cara untuk menjaga atau mengekalkan kesihatan mereka

* Mengesan sekiranya mereka menghidap penyakit tertentu termasuklah Hepatitis B dan penyakit jangkitan kelamin (STD)

* Mengesan penyakit keturunan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak contohnya talasemia, hemophilia, anemia dan kekurangan G6PD.

* Mengetahui kesediaan bakal pengantin wanita dari segi kesihatan untuk mempunyai anak. Persediaan ini termasuklah suntikan vaksin Rubella, mengetahui kumpulan darahnya (dan kesesuaian dengan darah suami) serta anemia

doktor 239  Hikmah ujian kesihatan sebelum kahwin

Di negara kita, ujian kesihatan yang diwajibkan ke atas bakal pengantin sejak 2009 adalah ujian untuk HIV/Aids. Statistik menunjukkan sehingga akhir 2009, sebanyak 87,710 kes jangkitan HIV dilaporkan.

Apa yang menyedihkan peningkatan kes jangkitan HIV di kalangan wanita iaitu daripada lima peratus pada 1997 kepada 16.3 peratus pada tahun 2007. Daripada jumlah tersebut 70 peratus dijangkiti virus HIV melalui hubungan heteroseksual, 60 peratus sudah berkahwin dan 40 peratus adalah suri rumah.

Antara ujian lain yang turut disarankan adalah saringan untuk penyakit keturunan seperti talasemia dan hemofilia. Talasemia ialah penyakit disebabkan gangguan pada genetik darah yang diwarisi daripada ibu dan bapa. Sel darah merah pesakit mengandungi hemoglobin tidak normal yang menyebabkan sel darah berkenaan cepat musnah.

Talasemia dianggap antara penyakit genetik yang lazim membabitkan hampir tujuh peratus penduduk dunia. Di seluruh dunia dianggarkan 100,000 bayi dilahirkan menghidap talasemia major (teruk).

Bagi pembawa genetik talasemia (juga dikenali sebagai talasemia minor) biasanya tidak mengalami sebarang gejala; atau jika ada ia sangat ringan seperti keletihan yang dianggap ‘masalah biasa’ dan ia hanya dapat dikesan melalui ujian darah.

Penyakit hemofilia pula berlaku akibat kekurangan faktor pembekuan darah yang menyebabkan darah pesakit beku. Penyakit ini menghalang pesakit melakukan aktiviti cergas kerana mereka boleh mengalami pendarahan dalaman spontan terutama pada sendi dan otot walaupun tidak terhantuk atau terlanggar sebarang objek.

Walaupun hemofilia lebih kerap berlaku pada lelaki, ia juga boleh dihidapi oleh perempuan. Apa yang dibimbangkan adalah jika berlaku pada perempuan, keadaan menjadi lebih teruk kerana dia akan mewariskan penyakitnya kepada semua anak-anaknya sama ada menjadi pesakit atau pembawa.

Mungkin tidak ramai yang sedar dalam semua jangkitan virus, virus Hepatitis B paling mudah berjangkit sama ada melalui sentuhan dengan produk darah atau darah yang tercemar, hubungan seks dan jangkitan langsung dari ibu kepada anak dalam kandungan.

Ujian kesihatan pra perkahwinan bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan.

Ini akan membolehkan pasangan membuat tindakan wajar. Sama ada mahu meneruskan hasrat untuk berkahwin atau memilih pasangan lain, pilihan ada di tangan mereka selepas membuat pertimbangan semasak-masaknya.

Dalam ujian saringan HIV, pendidikan dan kaunseling akan diberikan sama ada pasangan disahkan positif atau sebaliknya. Sehingga kini, antara 0.05 hingga 0.1 peratus daripada mereka yang menjalani ujian saringan HIV pra-perkahwinan didapati positif.

Dalam kaunseling ini kedua-dua bakal pengantin akan diberitahu mengenai risiko yang bakal dihadapi kelak pada pasangan atau anak. Begitu juga untuk penyakit keturunan. Biasanya pesakit atau pembawa genetik disaran untuk berkahwin dengan individu normal bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan anak-anak mewarisi penyakit berkenaan.

Tidak sedikit rumah tangga yang runtuh apabila salah seorang pasangan tidak dapat menerima hakikat dan menyalahkan pasangan apabila dikurniakan anak yang berpenyakit .

Ujian kesihatan dan kaunseling bertujuan memberi persediaan minda kepada pasangan mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Kajian menunjukkan ujian kesihatan dan kaunseling sebelum perkahwinan mampu mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri.

Sebagai persediaan menuju kehidupan berumahtangga dan tanda kasih sayang anda kepada pasangan, jalanilah segera ujian kesihatandemi masa depan anda berdua dan anak-anak yang bakal lahir. Untuk mendapatkan maklumat atau menjalani ujian kesihatan pra perkahwinan ini sila kunjungi mana-mana klinik atau makmal Pathlab terdekat.

Bertengkarlah dengan cara yang bijak


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.
PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan. Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga.

Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

couple Yuri Arcurs 684266971 Bertengkarlah dengan cara yang bijak

Kemarahan umpama api. Padamlah ia dengan air dan kesejukan.

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.
Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

Biasa la…adat bercinta dan berkasih…

Bila cinta mulai pudar sinarnya…


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Di awal bercinta semuanya akan bahagia dan sempurna. Masing-masing boleh bertolak ansur. Setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan. Namun usia percintaan menjadi semankin matang ada diantara kamu yang perhubungan cintanya mula menjadi goyang. Pelbagai masalah yang dihadapi membuatkan kamu dan sidia pantang bertemu, pasti ada saja yang tidak kena.

Semestinya kamu binggung menghadapi situasi begini. Mahu diputuskan didalam hati masih ada sayang dan cinta. Namun andai diteruskan ada hari yang merana dan sengsara. Usah bersedih, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tetapi sebelum itu semak dulu perkara-perkara berikut yang sering menjadi punca hubungan jadi hambar.

1. Bosan
Setiap masa berjumpa kamu dan sidia tidak pernah ada aktiviti lain selain aktiviti yg selalu bila keluar kamu lakukan bersama seperti menonton wayang dan pergi makan. tidak pernah sekali pun kamu berdua mengambil inisiatif pergi ketempat yang lebih menarik, alasan yang diberikan tidak ada “budget” (budget ini boleh diatasi dengan cara bertolak ansur, kamu berdua bukankah sudah berkerjaya so apa kata kamu kongsi berdua, bukan untuk org lain tapi untuk kamu, si dia dan percintaan kamu tentu hidup kamu juga lebih meriah dan tidak bosan bukan )

2. Tidak Jujur
Di awal percintaan kerana mahu menjaga hati, kamu dan sidia tidak pernah berterus terang apa yang kamu dan sidia suka dan tidak suka pada perangai masing-masing, akibatnya apabila terlalu lama disimpan, sampai kesatu tahap tidak tahan dan mulalah diluahkan sikit demi sikit, namun mungkin agak terlewat untuk kamu memahami diri masing-masing. .( tak salah jika kamu berterus terang tentang apa yg kamu tidak suka mengenai dirinya supaya kamu tidak menjadi hipokrit..itula yang terbagus dan sidia juga pasti menerima dgn positif kerana diawal lagi dia sudah tahu apa yg tidak elok harus berterus terang sekaligus dia juga tidak bersikap hipokrit)

3. Tidak bertolak ansur
Semakin lama bercinta semakin berani untuk bertegas dengan pendirian masing-masing, hal kecil seperti memilih tempat makan pun boleh menjadi perbalahan kerana kedua-dua tidak mahu mengalah, tidak salah tegas pada pendirian, namun harus juga ada perasaan tolak ansur seperti diawal-awal percintaan dulu barulah sentiasa aman… (x salah bertolak ansur, apakata kamu rancang bersama, jika sidia mahu ketempat yang dicadangkan tak salah kan jika kamu membawa nya ketempat yang kamu inginkan dilain hari, apapun perbincangan itu perlu, dan kamu boleh berkata pada sidia kali ini mengikut selera kamu dan next time cadangan saya pula. )

4. Terlalu cemburu
Sikap si dia yang sentiasa mengawal kamu membuatkan kamu menjadi rimas dan tertekan. mana kamu pergi semuanya harus diberitahu dulu. paling membosankan apabila terlalu banyak syarat yang ditetapkan pada kamu.. Sampaikan menyimpan no telefon kawan-kawan pun dipantaunya ( sikap kamu yang tak jujur juga boleh membuatkan sidia hilang kepercayaan kepada kamu so diawal percintaan tak salahkan kamu bersikap jujur padanya)

5. Selalu mengungkit
Si dia amat menyayangi kamu tetapi apa saja yang sidia berikan pada kamu semuanya mengharapkan balasan. kalau tidak sidia akan mengungkit berkali-kali. begitu juga apabila berjanji si dia mahu kamu menepatinya walau apapun terjadi, andai kamu gagal menepati janji sidia akan mengungkit setiap masa.
Antara jalan penyelesaian pada hubungan yang semakin hambar

Break Off Dulu !!!!
Biarpun kamu menemui jalan buntu dengan sikap si dia namun jangan ambil jalan mudah dengan terus memutuskan hubungan yang telah lama terjalin, kalau dalam hati masih ada sayang dan cinta kamu masih ada harapan untuk menyelematkannya. Langkah paling baik ialah kamu dan si dia break off buat sementara waktu

- beri masa dan ruang untuk kamu dan sidia berfikir dengan tenang apakah kalian masih memerlukan diri masing-2
- Refresh semula perhubungan kamu dan sidia agar dapat kembali mesra seperti diawal-awal percintaan dulu
- Wujudkan perasaan rindu dalam diri masing-masing. Andai masih ada rindu pasti ada sayang.
- Uji diri hidup tanpa sidia disisi (adakah kamu mampu atau tidak)

bidadari2 Bila cinta mulai pudar sinarnya...

Saat berpisah

Saat kamu dan si dia membawa haluan masing-masing buat sementara waktu jangan biarkan diri hanya duduk diam ataupun terperuk didalam rumah berfikir, kamu tidak akan menemui jawapannya, langkah yang sepatutnya kamu ambil ialah :-

1. Senaraikan keburukan dan kebaikannya
Setelah lama menjalinkan hubungan cinta kamu pasti sudah arif kebaikkan dan keburukkan sidia. Untuk lebih jelas kamu senaraikan satu persatu diatas kertas dan nilailah satu persatu adakah dia baik untuk kamu

2. Pergi bercuti
Pergi ketempat yang jauh dari kesibukkan adalah cara paling baik untuk berfikir dengan tenang. Beri masa untuk berehat supaya kamu boleh berfikir dengan lebih rasional serta tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar Ini adalah masa yang paling sesuai kamu melihat dan menguji kesetiannya. disaat kamu tidak ada di sisinya adakah si dia setia menanti kamu ataupun dia dengan selambanya berdampingan dengan orang lain…
Tidak salah kamu mencuba tips ini kerana apa yang pasti jodoh adalah ditangan Tuhan , cuma kita manusia kadang-kadang tak nampak apa yang ada didepan mata.

Di awal bercinta semuanya akan bahagia dan sempurna. Masing-masing boleh bertolak ansur. Setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan. Namun usia percintaan menjadi semankin matang ada diantara kamu yang perhubungan cintanya mula menjadi goyang. Pelbagai masalah yang dihadapi membuatkan kamu dan sidia pantang bertemu, pasti ada saja yang tidak kena. Semestinya kamu binggung menghadapi situasi begini. Mahu diputuskan didalam hati masih ada sayang dan cinta. Namun andai diteruskan ada hari yang merana dan sengsara. Usah bersedih, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tetapi sebelum itu semak dulu perkara-perkara berikut yang sering menjadi punca hubungan jadi hambar.


1. Bosan
Setiap masa berjumpa kamu dan sidia tidak pernah ada aktiviti lain selain aktiviti yg selalu bila keluar kamu lakukan bersama seperti menonton wayang dan pergi makan. tidak pernah sekali pun kamu berdua mengambil inisiatif pergi ketempat yang lebih menarik, alasan yang diberikan tidak ada “budget” (budget ini boleh diatasi dengan cara bertolak ansur, kamu berdua bukankah sudah berkerjaya so apa kata kamu kongsi berdua, bukan untuk org lain tapi untuk kamu, si dia dan percintaan kamu tentu hidup kamu juga lebih meriah dan tidak bosan bukan )


2. Tidak Jujur
Di awal percintaan kerana mahu menjaga hati, kamu dan sidia tidak pernah berterus terang apa yang kamu dan sidia suka dan tidak suka pada perangai masing-masing, akibatnya apabila terlalu lama disimpan, sampai kesatu tahap tidak tahan dan mulalah diluahkan sikit demi sikit, namun mungkin agak terlewat untuk kamu memahami diri masing-masing. .( tak salah jika kamu berterus terang tentang apa yg kamu tidak suka mengenai dirinya supaya kamu tidak menjadi hipokrit..itula yang terbagus dan sidia juga pasti menerima dgn positif kerana diawal lagi dia sudah tahu apa yg tidak elok harus berterus terang sekaligus dia juga tidak bersikap hipokrit)


3. Tidak bertolak ansur
Semakin lama bercinta semakin berani untuk bertegas dengan pendirian masing-masing, hal kecil seperti memilih tempat makan pun boleh menjadi perbalahan kerana kedua-dua tidak mahu mengalah, tidak salah tegas pada pendirian, namun harus juga ada perasaan tolak ansur seperti diawal-awal percintaan dulu barulah sentiasa aman… (x salah bertolak ansur, apakata kamu rancang bersama, jika sidia mahu ketempat yang dicadangkan tak salah kan jika kamu membawa nya ketempat yang kamu inginkan dilain hari, apapun perbincangan itu perlu, dan kamu boleh berkata pada sidia kali ini mengikut selera kamu dan next time cadangan saya pula. )


4. Terlalu cemburu
Sikap si dia yang sentiasa mengawal kamu membuatkan kamu menjadi rimas dan tertekan. mana kamu pergi semuanya harus diberitahu dulu. paling membosankan apabila terlalu banyak syarat yang ditetapkan pada kamu.. Sampaikan menyimpan no telefon kawan-kawan pun dipantaunya ( sikap kamu yang tak jujur juga boleh membuatkan sidia hilang kepercayaan kepada kamu so diawal percintaan tak salahkan kamu bersikap jujur padanya)


5. Selalu mengungkit
Si dia amat menyayangi kamu tetapi apa saja yang sidia berikan pada kamu semuanya mengharapkan balasan. kalau tidak sidia akan mengungkit berkali-kali. begitu juga apabila berjanji si dia mahu kamu menepatinya walau apapun terjadi, andai kamu gagal menepati janji sidia akan mengungkit setiap masa.
Antara jalan penyelesaian pada hubungan yang semakin hambar

Break Off Dulu !!!!
Biarpun kamu menemui jalan buntu dengan sikap si dia namun jangan ambil jalan mudah dengan terus memutuskan hubungan yang telah lama terjalin, kalau dalam hati masih ada sayang dan cinta kamu masih ada harapan untuk menyelematkannya. Langkah paling baik ialah kamu dan si dia break off buat sementara waktu
- beri masa dan ruang untuk kamu dan sidia berfikir dengan tenang apakah kalian masih memerlukan diri masing-2
- Refresh semula perhubungan kamu dan sidia agar dapat kembali mesra seperti diawal-awal percintaan dulu
- Wujudkan perasaan rindu dalam diri masing-masing. Andai masih ada rindu pasti ada sayang.
- Uji diri hidup tanpa sidia disisi (adakah kamu mampu atau tidak)
Saat berpisah
Saat kamu dan si dia membawa haluan masing-masing buat sementara waktu jangan biarkan diri hanya duduk diam ataupun terperuk didalam rumah berfikir, kamu tidak akan menemui jawapannya, langkah yang sepatutnya kamu ambil ialah :-


1. Senaraikan keburukan dan kebaikannya
Setelah lama menjalinkan hubungan cinta kamu pasti sudah arif kebaikkan dan keburukkan sidia. Untuk lebih jelas kamu senaraikan satu persatu diatas kertas dan nilailah satu persatu adakah dia baik untuk kamu


2. Pergi bercuti
Pergi ketempat yang jauh dari kesibukkan adalah cara paling baik untuk berfikir dengan tenang. Beri masa untuk berehat supaya kamu boleh berfikir dengan lebih rasional serta tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir luar

Ini adalah masa yang paling sesuai kamu melihat dan menguji kesetiannya. disaat kamu tidak ada di sisinya adakah si dia setia menanti kamu ataupun dia dengan selambanya berdampingan dengan orang lain…
Tidak salah kamu mencuba tips ini kerana apa yang pasti jodoh adalah ditangan Tuhan , cuma kita manusia kadang-kadang tak nampak apa yang ada didepan mata.

Tips ekspresikan perasaan saya cinta padamu…


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi saat yang paling bermakna.

file Tips ekspresikan perasaan saya cinta padamu...

1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.

2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.

7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

Kisah renungan : Nekad beri anak dalam kandungan


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

KUALA LUMPUR: “Maafkan ayah nak…walaupun hati ayah berat untuk membuat keputusan ini, namun demi kebaikan masa depanmu, ayah terpaksa,” rintih seorang lelaki yang mahu menyerahkan anak dalam kandungan isterinya kepada keluarga lain atas alasan tidak mampu menampung kehidupannya sekeluarga. Shahrul Rahman, 33, berkata dia nekad mengambil tindakan itu selepas mengalami masalah kewangan yang teruk dan tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama.

pix middle 1 Kisah renungan : Nekad beri anak dalam kandungan

Jangan berputus asa dalam membaiki kehidupan

Katanya, kehidupannya bermula dengan baik selepas mengahwini isterinya, Aishah Ismail, 26, pada 2006 dan dikurniakan tiga anak berumur antara tiga tahun hingga enam bulan. Selain itu, katanya, dia mempunyai seorang anak tiri hasil perkahwinan isterinya dengan suami terdahulu yang kini berusia enam tahun dan tinggal bersamanya sejak berusia empat bulan.
Namun, episod sedih hidupnya bermula selepas perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian.

“Hidup saya menjadi susah dengan bebanan hutang yang semakin bertambah. Saya meminjam daripada bank untuk memulihkan kembali perniagaan, namun tidak berhasil.

“Keadaan bertambah kusut apabila saya membuat pinjaman daripada ceti haram (along) untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan, tapi segala-galanya tidak menjadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Runsing memikirkan masalah dihadapi, Shahrul berkata, dia pernah cuba membunuh diri dengan menelan 60 ubat tidur dan minum cecair peluntur, namun digagalkan isterinya yang menyedari tindakannya itu.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga pernah terdorong untuk menukar agama kerana terpengaruh seorang rakan yang hidup senang selepas berhijrah menganuti agama lain. Mujur saya masih ingatkan Allah. Jika tidak saya pun tak pasti apa akan berlaku,” katanya

Shahrul berkata, kehidupannya tidak banyak berubah selepas itu dan pernah satu ketika dia sekeluarga mengisi perut dengan menjadikan ubi kayu yang ditanam di belakang kantin sekolah sebagai menu hidangan.

“Saya sedih dan tertekan apabila melihat anak-anak hanya minum air sejuk dan terpaksa mengharungi hidup yang sukar hanya kerana saya tidak mampu memberi kesenangan kepada mereka.

“Anak kedua dan ketiga tidak pernah minum susu seperti kanak-kanak lain. Saya hanya mampu memberikan air sejuk sebagai minuman. Mujur anak-anak tidak memilih sebaliknya makan dan minum apa yang diberikan,” katanya.

Menurutnya, anak keempatnya sudah diserahkan kepada seorang penjawat awam selepas dua hari dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, dan sebagai ganjaran, dia diberikan wang sagu hati RM2,000.

“Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati melihat anak yang tersayang berada dalam pangkuan orang lain, tapi apa boleh buat, hanya itu yang terdaya.

“Isteri saya juga seperti tertekan dan menerima hakikat kami terpaksa menyerahkan anak untuk dijaga keluarga lain,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu, hanya mampu membawa keluarganya tinggal menumpang sebuah bilik di rumah rakannya di Kota Damansara.

“Setiap hari hidup isteri dan anak-anak terkurung dalam bilik itu. Di situ mereka main, tukar baju dan tidur. Ikutkan hati ingin saja saya mencari rumah sewa yang luas sedikit, tetapi saya tidak mampu. Gaji saya sebagai pengawal keselamatan hanya RM780 sebulan,” katanya.

Shahrul berkata, dia bertambah tidak keruan apabila mendapati isterinya mengandung lagi bulan lalu dan dia bimbang dengan nasib menimpa keluarganya akan menjejaskan kehidupan anak yang bakal lahir nanti.

“Isteri berkali-kali mendesak saya supaya digugurkan saja kandungannya itu, tapi saya tidak tergamak untuk melakukan sedemikian kerana anak tidak bersalah, tapi saya yang perlu membela nasib keluarga.

“Sebab itu saya buat keputusan untuk serahkan anak ini kepada keluarga yang mahu menjaganya. Saya juga mohon supaya keluarga barunya akan menjaga anak ini dari dalam kandungan lagi termasuk membiayai rawatan dan pemeriksaan sehingga dia lahir,” katanya.

Katanya, dia berharap anak yang bakal lahir akan selesa dengan kehidupannya bersama keluarga baru dan hubungan kekeluargaan mereka tidak akan terhenti di situ saja.

“Kepada keluarga baru yang akan mengambil anak ini, saya hanya mohon satu perkara iaitu jangan putuskan hubungan kekeluargaan kami. Saya reda dengan apa yang berlaku dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya

Pengajaran
Janganlah hanya kerana ujian Allah yang ditimpakan keatas kita, kita bertindak  hingga sanggup kita menyekutukan Allah dan berpaling tadah dari landasan agamanya. Biarlah kita rasa susah di dunia ini namun kita tergolong dalam orang2 yang beruntung di akhirat kelak. Namun harus juga terus berusaha dan tidak berputus asa untuk membaiki kehidupan menjadi lebih baik serta istiqamah dalam bertakwa kepada Allah. Kerana kefakiran boleh mendorong kepada kekufuran.

كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Bermaksud: “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.”

Yang dimaksudkan kefakiran disini sebagai kefakiran jiwa dan hati. Kefakiran jiwa sememangnya membawa kepada kekufuran.

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru.

Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?

38562 137640512941258 100000859306511 179871 6314678 n 5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama

1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.

2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.

3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.

4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.

5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.

Tanda-tanda si dia berubah hati


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

hati Tanda tanda si dia berubah hati

Hati manusia memang mudah berubah

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

# Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

# Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

# Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

# Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

# Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

# Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Tips azam percintaan


Warning: error_log() has been disabled for security reasons in /home/kepuncak/public_html/wp-includes/wp-db.php on line 1036

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.

Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.

40598 142175349154441 100000859306511 200120 8228051 n Tips azam percintaan

Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.

1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.

Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.

2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.

Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.

Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.

4. Set Untuk Kebaikan Bersama.

Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama.

Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.

2011 coming 300x115 Tips azam percintaan

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.

Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.

Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti.